5 Selebriti Dari Latar Belakang Keluarga Berada
Kebanyakan selebriti memperoleh kekayaan selepas menjadi terkenal. Bagaimanapun ada antara mereka mendapat status berada sebaik sahaja dilahirkan.
Sesetengah selebriti Hollywood yang disenaraikan ini mewarisi kekayaan daripada beberapa generasi nenek moyang mereka. Selebihnya pula dibesarkan oleh ibu bapa yang amat berjaya dalam bidang diceburi. Bagaimanapun kesemuanya menggunakan bakat sendiri untuk mencipta nama di Hollywood dan meraih kekayaan.
Semak lima selebriti berjaya yang dibesarkan dalam keluarga berada
Gwyneth Paltrow
Aktres berusia 51 tahun ini berkata kejayaan yang dicapainya adalah hasil usaha sendiri walaupun dibesarkan oleh ibu bapa terkenal dalam dunia hiburan. Bapanya, Bruce Paltrow merupakan pengarah dan penerbit yang pernah menerima pencalonan Emmy sebanyak sembilan kali. Dia terkenal dengan gelaran ‘St. Elsewhere’ dan ‘White Shadow.’
Ibunya pula pemenang anugerah Emmy dan Tony, aktres Blythe Danner. “Orang selalu menyangka, ‘Dia sekadar anak orang kaya.’ Ya, saya anak orang kaya sehinggalah berusia 18 tahun. Selepas itu poket saya kosong. Saya tidak pernah mengambil satu sen pun duit ibu bapa saya. Saya berdiri atas kaki sendiri,” katanya pada 2016.
Foto: Getty Images
Cara Delevingne
Keluarga aktres dan supermodel ini bukan sahaja berada malah mempunyai pertalian dengan kerabat Diraja Britain. Cara Delevingne adalah anak kepada Charles Delevingne, pemaju hartanah berjaya dan Pandora Delevingne, seorang sosialit. Nenek sebelah bapanya juga merupakan sosialit manakala datuk sebelah bapanya seorang peguam dan ahli politik terkenal.
Namun ia tidak terhenti di situ. Menurut Vogue, datuk sebelah ibunya, Sir Jocelyn Stevens adalah pemilik majalah Queen yang kini dikenali sebagai Harper’s Bazaar. Sementara itu nenek sebelah ibunya, Janie Sheffield merupakan pengiring Puteri Margaret, adik kepada Ratu Elibabeth II.
Foto: Getty Images
Jake & Maggie Gyllenhaal
Ibu bapa kedua-dua pelakon ini merupakan tokoh disegani dalam industri hiburan. Bapa mereka, Stephen Gyllenhaal adalah pemenang Emmy yang pernah mengarahkan banyak filem terkenal seperti Paris Trout, Homegrown dan A Dangerous Woman. Ibu mereka, Naomi Foner Gyllenhaal pula seorang penulis skrip yang pernah memenangi anugerah Golden Globe dan menerima pencalonan Oscar.
Jake dan Maggie mempunyai kerjaya prolifik sejak digandingkan bersama dalam filem pertama mereka, Donnie Darko pada 2001. Pada 2010, Jake memberitahu The Guardian bahawa ibunya sentiasa mengajar mereka tentang sifat dermawan dan mengingatkan mereka untuk membantu insan yang memerlukan.
Foto: Getty Images
Armie Hammer
Pelakon kontroversi ini merupakan cicit kepada Armand Hammer, taikun minyak yang mengendalikan Occidental Petroleum Corporation. Menurut Britannica, di bawah pimpinannya, Occidental melonjak dari ambang muflis kepada syarikat yang meriah keuntungan berbilion dolar setiap tahun. Pada 1986, Forbes menganggarkan nilai bersih Armand Hammer adalah sebanyak RM893 juta.
Bagaimanapun pengarang biografi Armand Hammer, Neil Lyndon menggelarnya sebagai ‘syaitan yang kejam’. “Dari segi merasuah dalam proses politik, dari segi mengawal orang sekeliling dan menjadikan mereka boneka…dia sememangnya tiada tandingan.”
Foto: Getty Images
Foto: Getty Images
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
