Empat Jenama Barang Kemas Yang Menjual Beg!
Louis Vuitton Cruise 2022, Ini 10 Looks Yang Hangat!
KLFW2022: Koleksi busana ‘gula-gula kapas’ jadi perhatian.
Live Streaming: Pementasan Fesyen Tory Burch Bunga/Panas 2020
Penampilan Kemewahan Chanel Melalui CODE COCO Bertatah Berlian
Home > Fesyen > 10 Yang Glamor Di Karpet Merah CFDA Fashion Awards 2023

10 Yang Glamor Di Karpet Merah CFDA Fashion Awards 2023

Council of Fashion Designers of America Fashion Awards atau CFDA Fashion Awards diwujudkan untuk mengiktiraf bakat-bakat berinovasi dalam industri fesyen Amerika. CFDA Fashion Awards 2023 meraikan sumbangan para pereka, model, penata gaya dan individu lain yang memberi impak besar terhadap industri ini. Anugerah yang diberikan merentasi pelbagai kategori seperti pakaian wanita, pakaian lelaki, aksesori, media dan bakat baru. Antara penerima anugerah tahun ini adalah Serena Williams yang dinobat sebagai Fashion Icon dan Mario Cornejo yang membawa pulang trofi Geoffrey Beene Lifetime Achievement Award. Seperti biasa, acara karpet merah bersinar dengan kehadiran para tetamu dalam persalinan moden dan memukau mata, sekali gus memberi penghormatan kepada para pereka.

Lihat beberapa gaya terbaik bintang ternama di karpet merah CFDA Fashion Awards 2023

  Anne Hathaway selaku hos menggayakan persalinan denim daripada Ralph Lauren.   LaKeith Stanfield hadir ke CFDA Fashion Awards dalam sut bertekstur Mike Amiri.   Kim Kardashian tampil serba hitam dalam gaun kulit Chrome Hearts.   Model James Turlington menyerlah dalam persalinan monokrom hingga ke hujung kaki.   Demi Moore bergemerlapan dalam gaun perak Carolina Herrera. Demi Moore   Charles Melton kelihatan segak dalam sut baldu hitam dan celana sedondon Ralph Lauren. NEW YORK, NEW YORK - NOVEMBER 06: Charles Melton attends the 2023 CFDA Fashion Awards at American Museum of Natural History on November 06, 2023 in New York City.   Nina Dobrev bagaikan dewi dalam gaun dua tona Oscar de la Renta. Nina Dobrev   Selain James Turlington, Chase Stokes turut menggayakan sut monokrom. Warna pilihannya? Biru muda. CFDA Fashion Awards   Rosario Dawson tampil chic dalam gaun putih Mara Hoffman. CFDA Fashion Awards 2023   Serena Williams tidak kalah bergaya dalam gaun lengan kembang Thom Browne. Serena Williams   Foto: Getty Images/WireImage Baca: 15 Fesyen Terbaik Selebriti Di LACMA Art + Film Gala 2023