Home > Gaya Hidup > Dolla Lancar Album Sulung, New Classic
Empat tahun menghangatkan industri muzik tanah air, Dolla akhirnya muncul dengan album perdana berjudul New Classic.
Dihasilkan dengan kerjasama komposer tempatan dan antarabangsa, New Classic mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan dan penghasilannya menelan kos beratus ribu ringgit.
Ia menampilkan tujuh lagu merentasi pelbagai genre dari dance pop ke R&B dengan 95 peratus lirik dalam bahasa Inggeris. Lima daripadanya lagu baharu manakala selebihnya telah pun diperdengarkan kepada peminat. Ini termasuk Classic, Damelo, Masa, Drip, Best Side, Bo$$ Up dan Damelo (versi bahasa Inggeris).
Lagu utama, Classic berjaya menambat hati pendengar seluruh dunia termasuk Brazil, Kanada, Korea Selatan dan Thailand. Video muziknya yang melibatkan produksi dari Thailand meraih lebih setengah juta tontonan di YouTube selepas empat hari dilancarkan.
Tabby, salah seorang anggota Dolla meluahkan rasa teruja dengan pelancaran album New Classic, yang sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik tanah air.
Lagu utama, Classic berjaya menambat hati pendengar seluruh dunia termasuk Brazil, Kanada, Korea Selatan dan Thailand. Video muziknya yang melibatkan produksi dari Thailand meraih lebih setengah juta tontonan di YouTube selepas empat hari dilancarkan.
Tabby, salah seorang anggota Dolla meluahkan rasa teruja dengan pelancaran album New Classic, yang sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik tanah air.
“Kami masih lagi berada di fasa di mana kami sendiri tidak percaya yang Dolla sudah pun mempunyai album sendiri. Kami juga mendengarnya setiap masa. Kami sangat gembira dan bersyukur.”
New Classic Setaraf Album Antarabangsa
Menariknya, album yang telah lama dinantikan peminat ini mendapat sentuhan daripada penerbit tersohor Korea Selatan, Hyuk Shin. Dia berpengalaman menghasilkan lagu buat barisan artis terkenal seperti Justin Bieber, Anderson .Paak, Super Junior, NCT dan Exo. Sabronzo melihat kerjasama dengan penerbit berbakat besar ini sebagai peluang hebat untuk menembusi pasaran antarabangsa. Mengakui Hyuk Shin sebagai komposer berkaliber, mereka meletakkan 100 peratus kepercayaan kepadanya kerana yakin dia tahu apa yang terbaik buat Dolla. “Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Hyuk Shin, seorang penerbit muzik yang pernah bekerja dengan artis kelas-A dunia. Beliau menghasilkan dua lagu untuk album kami iaitu Classic dan Boss Up. Proses bekerja juga sangat berbeza dan lebih efisyen. Dia tahu visi sesebuah lagu,” katanya. Baca: Dolla Setanding Sensasi K-Pop Terkini, New JeansSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
