Selebriti dan Tetamu di Parti EH! Tampil Dengan Kuku Cantik!
Jika hendak ke acara liburan, bukan sahaja pilihan baju menjadi perhatian, kuku cantik juga diperhatikan. Jom lihat selebriti seperti Aisha Retno dan tetamu-tetamu lain yang hadir dengan gaya kuku cantik!
Tema pada parti majalah EH! malam yang lalu adalah denim. Sudah tentu ramai yang mahu bergaya cantik, sambil padu-padan aksesori, solekan dan rambut paling sesuai untuk digayakan pada malam parti tahunan EH! ini. Mata kami melihat siapakah yang memiliki tatarias kuku cantik. Selain tampil dengan beauty look yang luar biasa digayakan tetamu-tetamu generasi muda ini, kami terpegun melihat pilihan gaya kuku mereka. Ayuh lihat!
Tata Rias Kuku Cantik Pilihan GLAM di Parti EH!
#1 Harissa Adlynn Halim
Gadis kenit dan manis ini menarik perhatian kami. Harissa adalah merupakan seorang pelakon baharu yang memiliki bakat amat besar. Melihat gayanya yang cukup cool membawa watak gadis-gadis era Y2K. Kami bertanyakan padanya, mengapa memilih padanan kuku cantik rona ungu gaya monokrom ini untuk disuntik pada keseluruhan gayanya,“Jika dilihat dengan teliti, kuku tampal yang saya gayakan ini adalah sebenarnya bergaya metalik monokrom. Dan saya pula memilih untuk menggayakan busana berkonsep Y2K, jadi saya rasakan kombinasi ini amat padan sekali.”
#2 Athina Kamarudin
Senantiasa cantik, memilih rona kuku cantik merah yang pada kami amat padan sekali dengan gaya keseluruhan wanita ini. Lihatlah bagaimana Athina memadu gaun denim dengan solekan klasik glamor bermata smoky, cukup seksi!“Saya memilih rona kuku ini adalah kerana sejujurnya saya tidak pernah memadan rona merah bersama gaya denim. Saya selalu akan memadu kuku rona light apabila mengenakan denim. Ini adalah sesuatu yang baharu untuk saya dan saya sukakannya!”
#3 Kuku Cantik Yazmin Aziz
Wanita ini juga sering tampil bersiap dan amat mementingkan penampilan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ke mana sahaja GLAM bertemu wanita ini, pasti sering tampil dengan paduan kuku cantik memikat mata yang memandang. Kali ini Yazmin memilih rona lembut merah jambu dengan sentuhan magnetic glitters yang kini semakin menjadi pilihan ramai.“Bukan sahaja kala menggayakan denim, rona ini sebenarnya mampu dipadankan dengan semua busana yang saya gayakan secara harian. Memberi gaya manis namun dalam pada masa yang sama kekal classy pada sesiapa sahaja yang memandang.”
#4 Razin Mohd
Memilih quite luxury kala bergaya, ini ternyata dapat dilihat pada tatarias kuku cantik oleh tetamu yang hadir, Razin Mohd. GLAM tertarik dengan gaya kukunya yang begitu bersahaja. Tampak seperti tidak memakai apa-apa, namun sebenarnya jika dilihat dengan teliti, Razin menggayakan rona natural dengan suntikan rona merah jambu lembut untuk menyerlahkan lagi efek kuku segar dan sihat.“Sebagai seorang lelaki, saya tidak mahukan sesuatu yang terlalu obvious sehingga kelihatan tidak kena dengan personaliti saya. Oleh kerana itu, saya sukakan sesuatu yang tidak keterlaluan dan tampak lebih natural.”
#5 Aisha Retno
Penyanyi yang turut membuat persembahan pada malam itu, Aisha Retno, tampil cukup bertenaga di atas juga di luar pentas. GLAM sangat tertarik dengan gaya paduan kuku cantiknya bersama busana juga solekannya pada malam itu. Memilih rona biru buat tatarias kuku, kami bertanyakan kepada Aisha mengapa dia memilih reka kuku begitu,“Stylist saya yang banyak membantu dalam soal penggayaan saya termasuklah tatarias kuku ini. Bersama tema malam ini iaitu denim juga suntikan nusantara Y2K, stylist saya jugalah yang mereka setiap perincian pada kuku saya malam ini. Saya percayakan dia dan sangat menyukai look keseluruhan saya pada malam ini.”
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

