Related Stories
Home > Gaya Hidup > Teknik 4-7-8 Untuk Membantu Anda Tidur Lena
Teknik 4-7-8 Untuk Membantu Anda Tidur Lena
Ada seribu satu sebab mengapa anda sukar tidur pada waktu malam.
Tekanan, depresi, perubahan hormon, apnea tidur dan penyakit autoimun boleh mengganggu rutin beradu. Pengambilan ubat-ubatan juga ada kalanya menyumbang kepada masalah ini. Ia boleh diatasi dengan pelbagai cara, salah satunya teknik pernafasan 4-7-8.
Teknik ini membantu anda mengawal pernafasan. Ia memerlukan anda menarik nafas selama 4 saat, menahan nafas 7 saat, dan menghembus selama 8 saat.
Berdasarkan kaedah yoga kuno yang dipanggil pranayama, teknik itu diasaskan oleh Dr Andrew Weil. Jika diamalkan dengan kerap, ia boleh membantu sesetengah individu lena cepat sekali gus mendapat tidur berkualiti.
Teknik 4-7-8 memaksa minda dan badan untuk fokus pada pernafasan berbanding berfikir tentang kebimbangan pada waktu malam. Pengamalnya berkata, ia boleh mengawal degupan jantung yang kencang atau menenangkan saraf yang letih. Dr Weil menyifatkannya sebagai ‘penenang semula jadi untuk sistem saraf’.
Mereka yang mengalami gangguan tidur ringan, kebimbangan dan tekanan mendapati teknik pernafasan 4-7-8 membantu masalah yang dihadapi dan memudahkan mereka untuk lena.
Dengan latihan konsisten dari semasa ke semasa, pengamal teknik ini berkata efeknya semakin efisien. Anda mungkin berasa sedikit pening ketika mencubanya buat kali pertama. Mempraktikkan sekurang-kurangnya dua kali sehari memberi impak lebih baik berbanding amalan sehari sekali.
Gelagat Selebriti Di Majlis Makan Malam Mewah Met Gala 2023
TIME Iktiraf Desaru Coast Antara 100 Destinasi Terbaik Dunia 2021
7 Lagu Fenomena Muzik K-Pop 2025
Sedih Apabila Diabaikan, Ini Cara Buat Dia Menyesal
Eina Azman & Cahaya Mata Kembar Positif Covid-19
Angelina Jolie Rai Ulang Tahun Salma Hayek Mengikut Tradisi Unik Mexico
Foto: Freepik/diana.grytsku
Baca: 5 Petua Kecantikan & Kesihatan Kerabat Diraja
Bagaimana Teknik Pernafasan 4-7-8 Berfungsi?
Teknik pernafasan direka untuk membantu tubuh lebih relaks. Kaedah khusus yang melibatkan tahan nafas untuk tempoh masa tertentu membolehkan badan anda menambah paras oksigen. Dari paru-paru ke luar, teknik seperti 4-7-8 boleh merangsang oksigen yang amat diperlukan organ dan tisu. Amalan relaksasi juga membantu mengembalikan keseimbangan badan dan mengawal tindak balas fight-or-flight yang dirasai ketika berdepan tekanan. Ini amat membantu jika anda mengalami kesukaran tidur disebabkan keresahan atau kebimbangan. Isu ini menghalang anda daripada mendapat rehat yang cukup.
Foto: Freepik/Senivpetro
Masa Untuk Miliki Tidur Lebih Lena
Untuk mengamalkan teknik pernafasan 4-7-8, baring di atas katil dan pastikan postur tubuh dalam keadaan baik. Mulakan dengan membuka sedikit mulut dan hembus sepenuhnya sambil mengeluarkan bunyi. Langkah seterusnya, rapatkan bibir dan tarik nafas secara perlahan-perlahan selama empat saat. Tahan nafas tujuh saat dan hembus sambil mengeluarkan bunyi selama lapan saat. Ini adalah satu pusingan. Praktikan langkah sama sebanyak empat pusingan. Anda digalakkan mengamal empat pusingan pada peringkat permulaan. Tingkatkan kepada lapan pusingan dari semasa ke semasa.
Foto The Deep Sleep Co.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
