Related Stories
Fred Mengabadikan Kilauan Sinar Mentari French Riviera
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Mar 20, 2024
Keindahan landskap French Riviera yang tidak pernah pudar, menjadi inspirasi kempen terbaru Fred di mana ia meraikan kehidupan, serta sinar mentari yang menjadi inspirasi dan simbol koleksi “The Sunshine Jeweler”.
Fred Samuel menjadi simbol utuh dalam penghasilan barangan kemas di Fred. Pengasas jenama yang sudah terbina hampir 90 tahun ini terus meraikan skil teknikal serta ketukangan yang hebat. Karakternya yang cukup mesra, berjiwa lembut, cinta yang tidak berpenghujung dan semangat joie de vivre membuatkan jenama ini senang dikenali dengan Fred, The Sunshine Jeweler. Identiti untik ini yang membuatkan karakter barang kemas ini cukup lain daripada barang kemas yang sedia ada di pasaran. Legasi yang dibina oleh Fred Samuel dan jenamanya juga mendapat inspirasi daripada keindahan kehidupan di French Riviera. Maka lahirlah kempen baharu yang protagonisnya adalah Freddies, membawa kita ke satu kisah yang cukup menggembirakan. Satu ekspedisi yang tidak dapat dilupakan. Terjun daripada cenuram ke lautan yang luas bersama air yang menyegarkan, atau bebaskan minda melihat horizon yang menenangkan dan menari sambil melihat mentari terbenam; inilah momen menarik Freddies yang mampu membuatkan hati bertambah positif. Tatkala malam menjelma, terus memberi kilauan cantik di atas air Mediterranean. Rona biru Riveira membawa semangat yang lain lalu sesudah malam seperti coklat cair, merah jambu serta jingga. Inilah palet indah daripada fajar ke senjakala. Ia membawa satu kenikmatan hidup yang cukup sempurna. Interaksi antara cahaya dan rona ini memberikan satu omen yang abadi dan cukup istimewa. Ia adalah simbol kehidupan yang girang seperti pujangga joie de vivre. Mereka yang menyarungkan barang kemas Fred ini nyata mampu memberi kilauan yang gemilang. setiap himpunan dibawah payung Fred seperti Force 10, Chance Infinie, Pretty Woman juga himpunan barang kemas termewah menghidupkan kempen ini laksana kerdipan yang ada di Riviera. Setiap hasil rekaan bertunjangkan emosi dan gerak hati bersama hasil pertukangan yang begitu bagus. Ia memberi refleksi pada gaya yang bersahaja dan nyata sekali kekal glamor.See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026




