Penampilan Terbaik Zendaya Sepanjang Tayangan Perdana ‘Challengers’
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Apr 23, 2024
Pelakon dan fesyen ikon Zendaya sedang giat melakukan press tour untuk filem terbarunya, ‘Challengers‘. Zendaya sememangnya terkenal dengan sentiasa memberikan momen fesyen terbaik. Kini, dia sibuk dengan jelajahnya dan setiap pakaian sepanjang jelajah itu diilhamkan oleh sukan tenis sempena filem Challengers.
Filem Challengers yang diarahkan oleh pengarah berwawasan, Luca Guadagnino bakal ditayangkan tidak lama lagi di pawagam. Drama yang mengisahkan tentang cinta tiga segi pemain tenis ini dibintangi oleh pemenang Golden Globe Awards, Zendaya. Turut dilakonkan bersama Mike Faist dan Josh O’Connor. Para pelakon Challengers kini sedang sibuk melakukan press tour dan tayangan perdana bagi mempromosikan filem mereka. Namun begitu, momen fesyen Zendaya sekali lagi menjadi tumpuan dan bualan ramai, selepas moment fesyen filem Dune. Zendaya memukau para peminatnya dengan fesyen inspirasi daripada sukan tenis pula.
Ini Momen Fesyen Terbaik Zendaya Bersempena Filem ‘Challengers’.
1. Loewe Tennis Dress
https://www.instagram.com/reel/C4-1cbBIXpb/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== Zendaya menyarungkan gaun Loewe hijau berkilauan oleh Jonathan Anderson, Pengarah Kreatif Loewe. Gaun dengan siluet panjang terbelah ini dihiasi dengan ilustrasi gambaran orang bermain tenis. Penampilan Zendaya yang membawa kreativiti yang diadaptasi oleh filem lakonannya membuatkan ramai terpesona ketika menghadiri tayangan perdana Australian Challengers pada 26 Mac 2024.2. Checked Coat Dress
https://www.instagram.com/p/C5arprTs9-V/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== Pelakon utama Challengers ini menggegarkan gaun kot bercorak berinspirasikan tahun 1960-an. Turut dipadankan aksesori kepala dan kasut tumit berwarna putih yang tampil terserlah bersama. Zendaya memadukan gaya ini pada 6 April di Maison de l’Amerique Latine. Penampilan itu direka oleh Jacobs daripada koleksi Louis Vuitton Spring/Summer 2013.3. Kasut Tenis Bualan Ramai
https://www.instagram.com/p/C5gONcANCUT/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== Ketika menghadiri photocall di Rom, Zendaya sekali lagi tampil anggun dengan menggayakan pakaian daripada Loewe. Gaun mini dengan pleated skirt ini sangat cantik pada badan Zendaya. Bukan itu sahaja, dia turut memadankan bajunya dengan kasut tumit tinggi bersama bola tenis yang seolah melekat pada tumit kasut tersebut. Ramai memberi pujian atas kreativiti yang disampaikan dengan cukup sempurna!4. Suntikan Elemen sukan
https://www.instagram.com/p/C5meUoAuVSE/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== Kali ini, dia memilih Thom Browne sebagai pilihan. Siapa sangka, gabungan skirt labuci dengan kain mesh berwarna putih membuatkan Zendaya tampak sungguh jelita! Ditambah pula dengan perincian sulaman raket tenis sebagai perhiasan tambahan yang memberi impak wow factor. Zendaya memadukan penampilan ini ketika tayangan perdana Challengers di U.K pada 10 April 2024.5. Gaun Bola Tenis
https://www.instagram.com/reel/C56jvzZqdTD/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== Zendaya membawa teniscore ke tahap baharu pada tayangan perdana selepas pesta Challengers pada 16 April di California. Dia memakai gaun kuning neon tersuai oleh Celia Kritharioti yang padan dengan warna bola tenis dengan sempurna. Ia memaparkan garis leher rendah yang menjunam bersama satu perincian bola tenis di pinggangnya.6. Fabulous Pink
https://www.instagram.com/p/C6BVwGfLDWG/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== Momen fesyen Challengers Zendaya yang paling baharu adalah apabila dia memakai gaun berwarna merah jambu lembut oleh Jacquemus. Gaun tersuai dengan skirt penuh bersama baju polo ini membuatkan keterampilan Zendaya tampak sungguh menawan! Rupa ini disuntik dengan sedikit elemen seksi, namun masih diperlihatkan aura yang anggun. Dia menyempurnakan penampilan ini dengan ikat kepala busur yang bergaya di Beverly Hills pada 20 April 2024. Artikel berkaitan: 5 Gaya Berani Zendaya Di Acara Permaidani Merah 2021Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
