Victoria Beckham x Mango; Sebuah Hadiah Posh Spice Buat Semua
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Apr 23, 2024
Tiga kata yang menggambarkan koleksi eksklusif Victoria Beckham x Mango yang bakal mula terjual pada 23 April 2024 adalah sensual, considered dan feminin!
Dua jenama bagaikan memberi esen tersendiri kepada koleksi Victoria Beckham x Mango. Bagaimana kamu dan pasukan mendekati jenama ini dan proses mana yang memberi kepuasan sebenar? Saya mahu melebarkan lagi audien yang merasa relevan dengan jenama namun tetap bertunjangkan estetik dan DNA dan hasilnya cukup membanggakan. Membawa dua jenama ini kepada satu aliran cukup memberi rasa moden dan saya juga kagum melihat pasukan Mango yang teliti dan mempunyai sifat attention to detail serta pengetahuan ketukangan seni yang tinggi.
Ia merupakan satu cabaran yang menarik untuk menerima satu lagi proses kreatif tanpa berkompromi pada seni dan keinginan. Saya juga merasakan bahawa kita mempunyai etos, estetika dan nilai bersama sekitar sifat feminin, kualiti dan cinta sebenar terhadap produk.
Semasa membuat koleksi ini, apakah jenis rujukan yang anda fikirkan?
Saya mahu mencipta satu gerobok fesyen yang sempurna buat bulan musim panas. There is a cheekiness, tetapi masih kekal put together dengan sentuhan sensualnya. Saya terinspirasi dengan filem Perancis yang ikonik bertajuk La Piscine, lebih-lebih lagi dengan karakter bersahaja lakonan Jane Birkin. Dia mementingkan kecantikan semula jadi, sangat feminin dan mempunyai rasa kebebasan yang sebenar.
Bagaimana kamu bayangkan wanita Victoria Beckham x Mango dan apakah personalitinya?
Wanita ini adalah multi-faceted. Ia bukan tentang menjadi mana-mana satu jenis wanita tetapi bagi saya ia berkisar bagaimana mereka mahu menyarungkan koleksi ini dan tampil lebih berkuasa dan menjadi versi yang lebih baik.
Apakah ceraian yang mampu mewakili koleksi ini dan yang mana satu menjadi kegemaran?
Saya sukakan dress slip dan ceraian tailoring. Saya selalu tampil dengan gaya feminin dan maskulin serta mahu menambah rencah yang effortless kepada gerobok fesyen wanita. Ia juga mempunyai gaya yang versatil, bertunjangkan nilai kemodenan dan sofistikated. Ia mungkin kelihatan mudah tetapi penghasilannya perlulah sempurna pada bentuk badan, sebagaimana ia mencipta strong silhouette. It’s always about silhouette for me.
Artikel Berkaitan: 4 Stail ‘Classy Look’ Wan Nur Syaira Pilihan GLAM
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
