GLAM’s Fashion Essentials

Oleh: Aizat Aidid
 
Biarpun memiliki beratus beg dan busana pelbagai warna, adakah semua item itu mesti ada di dalam gerobok gaya anda? GLAM merungkai item fesyen yang perlu ada di dalam gerobok gaya anda.
 
little black dress
 
Little Black Dress

Coco Chanel menjadi pembuka sejarah, Dior menerbitkan rasa sensual pada era 50-an dan Hubert de Givenchy mereka khas dress hitam buat Audrey Hepburn di dalam filem Breakfast at Tiffany’s. Little black dress yang ringkas ini boleh disarung ke pejabat, parti koktel atau ke acara gala.
 
sut
 
The Skrit Suits

Sejak era 70-an wanita sudah mula menyarung sut. Buat mereka yang tidak senang dengan gaya maskulin seperti Le Smoking di Yves Saint Laurent, tentu sekali sut yang dimadukan bersama skirt menjadi pilihan. Ratu Alexandra, isteri Raja Edward VII antara wanita yang sentiasa memilih sut dengan skirt rekaan John Redfern. Kini pilihan semakin meluas, jika mahu tampil klasik Americana, tentu sekali Ralph Lauren menjadi pilihan atau ke butik Dior untuk jaket Bar yang ikonik disertakan bersama skirt dengan perincian pleats.
 
jaket kulit
 
Jaket Kulit

Satu penyata sartorial yang memberi signifikan – rebellious! Atau mungkin sekadar gaya yang mencedok trend cult punk. Gandingkan jaket kulit dengan apa gaya sekalipun seperti dress atau kemeja putih kosong, penampilan terus menambah rasa chic! Pilih jaket kulit yang ada perincian seperti stud atau zip yang bersilang agar timbul cita rasa maskulin.
 
court shoes
 
Court Shoes

Pereka kasut termasyhur, Salvatore Ferragamo dan Roger Vivier antara yang pertama mempersembahkan kasut court. Yakni rekaan kasut yang bertutup di bahagian muncung hadapan dan tumitnya pula runcing buat mencipta rasa seksi. Dengan kasut bertumit tinggi ini anda mampu memancarkan keyakinan diri dan sebab itulah Marilyn Monroe hingga ke Dita Von Tesse sentiasa di dalam kasut court mereka.
 
Busana malam
 
Busana Malam

Sebaiknya, setiap gerobok fesyen wanita perlu mempunyai gaun mewah untuk acara malam. Jangan ambil mudah dengan hanya menyimpan satu gaun sahaja kerana anda bukan wanita biasa. Tentu wanita GLAM sentiasa perlu hadir ke acara berprestij. Cadang GLAM, singgah ke butik Dior atau Giorgio Armani yang sememangnya mempunyai pilihan dress malam dalam pelbagai rekaan.
 
blaus putih
 
Blaus Putih

Mungkin blaus putih anda sekali pandang sama dengan kemeja putih suami atau teman lelaki anda. Namun, blaus wanita mempunyai siluet dan potongan yang mempamerkan susuk tubuh. Pilihan fabrik yang pelbagai seperti kapas dan sutera boleh dipadukan bersama kardigan, sut atau rantai mutiara berlapis. Jika tidak mahu bosan, pilih blaus putih kitten-bow agar nampak unik.
 
kardigan
 
Kardigan

Baju kardigan adalah satu item paling penting kerana selain menjadi pelindung badan ketika cuaca sejuk, ia juga mampu menerbitkan rasa chic. Donna Karan antara pelopor yang memberi hembusan moden buat helaian kardigan di DKNY. Koleksi kardigan Cozy di DKNY kini memenuhi setiap gerobok fesyen wanita dunia. Dapatkan kardigan fabrik kapas, bulu biri-biri atau kashmir.
 
jaket
 
Jaket

Jika kardigan bukan pilihan anda, mungkin jaket boleh dijadikan perisai fesyen utama. Dapatkan blazer atau jaket
potongan pendek dan madukan bersama blaus atau baju-T. Bukan sekadar memberi gaya structured dan profesionalisme, terbit juga satu gaya lebih tough!
 
skinny
 
Celana Denim

Daripada potongan skinny, baggy atau bootleg, celana denim perlu ada di dalam gerobok fesyen anda. Gaya uniseks yang popular buat budaya Western di Amerika Syarikat ini menjadi satu fenomena lantas diangkat sebagai item penting. Gandingkan celana denim dengan kasut bertumit tinggi, nah, terus gaya seksi terpancar! Celana denim yang dahulu buat pekerja buruh lelaki kini telah menjadi industri paling untung dalam dunia fesyen.
 
trench
 
Kot Trench

Satu item klasik dan tidak lapuk dek trend yang datang dan pergi. Kot trench menjadi satu perisai fesyen wanita. Ia juga menjadi item pelengkap gaya dan dipersetujui oleh pereka fesyen Michael Kors dan pengkritik fesyen Tim Gunn. Apa yang perlu diteliti adalah fabrik dan juga panjang kot trench ini. Jangan sarung kot trench yang panjang sampai ke buku lali, nanti silap pandang boleh jadi baju hujan.
 
clutch
 
Clutch

Tidak kira apa saiz atau bagaimana seni perinciannya, setiap gerobok aksesori wanita perlu ada satu clutch. Jika dekad terdahulu, wanita lebih memilih clutch berbentuk bujur dan kecil, kini fesyen tampil lebih moden. Celine memberi pilihan clutch berbentuk seperti sampul surat dan Bulgari pula megah dengan clutch bergancu kepala ular sawa.
 
Beg Bahu
 
Beg Bahu

Buat wanita moden yang sentiasa sibuk dengan kerja, pasti memerlukan beg yang senang digalas pada bahu. Setiap keperluan diisikan di dalam beg bahu agar tangan kosong tanpa bebanan. Semasa era 60-an beg bahu cukup popular dan menyaksikan banyak rumah fesyen mengeluarkan beg-beg mereka. Bagi tali beg pula, pilihlah yang boleh dilaraskan.
 
sunglasses
 
Cermin Mata

Kisahnya bermula apabila Maharaja Nero memakai kepingan berpetak batu zamrud ketika menonton perlawanan gladiator untuk melindungi matanya daripada pancaran sinar matahari. Dan kini ia terus menjadi satu item asas. Tidak kisah untuk melindungi cahaya matahari atau sekadar mahu lari daripada paparazi (buat selebriti antarabangsa). Perlu memilih kaca mata yang elok mengikut bentuk muka.
 
rantai
 
Rantai Mutiara

Coco Chanel antara wanita yang  sentiasa memakai rantai mutiara. Kata Elsa Schiaparelli, rantai mutiara mampu mewujudkan gaya halus dan elegan wanita. Untuk menghidupkan gaya Little Black Dress anda GLAM cadangkan pakai rantai mutiara secara berlapis-lapis, terus hidup stail mewah!
 
jam
 
Jam Tangan

Bila Hans Wilsdorf mempromosikan jam tangan ini sebagai item asas yang perlu ada buat wanita, ramai pelanggan
lelaki Rolex memberi kritikan hebat. Namun, dunia semakin berubah. Kini lebih banyak jenama jam tangan mengikut jejak Rolex dengan memberi seleksi jam tangan buat wanita. Kata Cameron Diaz yang menjadi wajah kempen Tag Heuer, jam tangan bukan sahaja untuk melihat waktu, ia juga berfungsi sebagai aksesori kerana tatahan berlian dan rekaan yang feminin.
 
balet
 
Kasut Balet

Sejak abad ke-16 lagi kasut leper menjadi pilihan wanita. Cuma pada era milenium ini kasut balet bertapak leper diangkat sebagai pilihan. Ia sesuai untuk  acara kasual atau berlibur. Pilihan di Tod’s atau Chanel menjadi pilihan GLAM. Paling ikonik apabila Audrey Hepburn memadukan kasut balet dengan jeans skinny dalam filem Funny Face.
 
skarf
 
Skarf

Ia menjadi pelengkap stail paling jitu buat wanita kerana boleh digayakan dengan pelbagai cara. Selain menggunakan skarf pada leher dan menjadi aksesori rambut, ia juga boleh digunakan untuk menambah seri beg. Lilitkan pada pemegang atau sekadar hujung tali beg.
 
subang
 
Subang Berlian

Kamu mungkin tidak mahu melangkah keluar tanpa sebarang kilauan emas atau berlian. Cadang GLAM, subang stud berlian boleh digayakan dengan apa juga stail; baik ketika waktu kasual (celana khakis dengan blaus), ke pejabat (sut dengan cita rasa maskulin) atau ke acara malam penuh glamor (busana mewah). Subang berlian ini mempunyai rasa elegan dan anda tidak perlu risau dengan rekaan kerana ia sememangnya klasik and diamond go with everything!
 
Busana Tradisional
 
Busana Tradisional

Dengan pelbagai acara formal mengikut budaya setiap kaum di Malaysia, maka layaklah GLAM meletakkan setiap helaian tradisional seperti kebaya, ceongsam dan sari sebagai asas gaya buat wanita. Usah beli terus daripada rak butik, dapatkan khidmat atilier agar setiap siluet mengikut susuk badan anda.

POST A COMMENT