Selain daripada tampil dengan semangat kesukanan, solekan juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam sukan Olimpik.
Musim Olimpik sudah pun bermula pada 26 Jun 2024 sehingga 11 Ogos 2024. Tahun ini, Olimpik 2024 memilih lokasinya untuk berlangsung di Kota Paris, Perancis. Dalam Olimpik, beberapa acara seperti gimnastik, gimrama dan renang berirama memerlukan solekan yang jelita. GLAM ingin cadang 5 gaya solekan di acara sukan Olimpik yang boleh dijadikan inspirasi.
https://www.instagram.com/p/Cm1Fig_q5Vb/
Solekan Berwarna-Warni
Antara solekan yang sesuai digayakan ketika Olimpik ialah solekan berwarna-warni yang bold. Solekan berwarna-warni boleh menonjolkan wajah atlet yang ingin bertanding seperti atlet renang berirama, gimrama dan gimnastik. Solekan merupakan salah satu aspek penting untuk atlet-atlet ini kerana mereka sering melakukan persembahan di bawah cahaya terang dan di arena besar di mana ekspresi muka sukar dilihat dari jauh. Maka, solekan berwarna-warni akan menonjolkan wajah mereka ketika bertanding. Antara produk yang boleh digunakan untuk gaya solekan berwarna-warni ini ialah NYX Ultimate Shadow Palette – I Know That’s Bright. https://www.instagram.com/p/C8L6VOHsOrL/?locale=ko-KR&hl=arSolekan Kalis Air dan Peluh
Dalam mempamerkan persembahan yang cantik, solekan di wajah juga amat penting untuk atlet-atlet olimpik ini. Formulasi yang mempunyai aspek kalis air dan peluh amatlah penting dalam menjayakan solekan ini. Solekan merupakan peranan yang penting dalam tradisi olimpik. Salah satu contoh untuk sukan olimpik yang memerlukan solekan yang kalis air adalah renang seirama. Renang seirama merupakan salah satu acara yang membawa aspek kesenian dalam persembahan mereka. Solekan yang bold dan tahan lama merupakan kunci utama untuk acara ini. Setting spray dan setting powder yang bagus akan menghasilkan ketahanan yang bagus untuk satu solekan. Antara contoh setting spray yang mempunyai ketahanan yang tinggi ialah Airbrush Flawless Finish Setting Spray dari Charlotte Tilbury dan setting powder Huda Beauty Easy Bake Loose Powder. https://www.instagram.com/p/C7rdOu9N-AI/Pengilat Bibir Menjadi Pop Up Di Bibir
Pengilat bibir adalah alat solek yang mampu memberi efek glossy di bibir dan menjadi tumpuan utama. Selain itu, pengilat bibir juga memberi tampilan yang lebih semula jadi berbanding gincu. Pengilat bibir juga sering diformulasikan dengan bahan yang melembapkan seperti minyak dan mentega, menjadikannya lebih selesa untuk dipakai, terutama bagi mereka yang mempunyai bibir kering. Ia dapat memberikan kelembapan dan penutupan berkilau. Untuk atlet renang sirama, pengilat bibir amat sesuai kerana formulanya kalis air. Jenama alat solek seperti Fenty Beauty dan Dior terkenal dengan pengilat bibir mereka yang cantik. https://www.instagram.com/p/C8hiDjns3W0/?hl=enNo Such Thing As Too Much Blush
Pemerah pipi boleh menambahkan warna di muka para atlet untuk kelihatan lebih sihat dan bertenaga. Alat solek ini juga boleh bantu membentuk ciri-ciri wajah atlet terutamanya tulang pipi dan menambah dimensi pada wajah mereka. Dalam sukan Olimpik seperti gimnastik, ekspresi wajah dan gerakan tubuh memainkan peranan penting dalam menyampaikan emosi dan koreografi. Pemerah pipi bantu menonjolkan tulang pipi dan memberikan warna pada wajah, membuat ekspresi lebih jelas terlihat di hadapan juri dan penonton. Penggunaan pemerah pipi telah menjadi sebahagian dari tradisi dalam gimnastik dan gimrama. Atlet dilatih untuk menggunakan alat solek sebagai salah satu persiapan mereka untuk bertanding. Charlotte Tilbury dan Rare Beauty ialah antara jenama yang terkenal dengan produk pemerah pip mereka. Maka, there’s no such thing as too much blush! https://www.instagram.com/p/C82RNSkPqZb/Rona Melambangkan Simbol Pingat
Pingat merupakan salah satu simbol untuk olimpik, menunjukkan kemenangan seorang atlet dalam acara mereka. Solekan yang berona emas, perak dan gangsa menjadi inspirasi untuk solekan olimpik tahun ini. Rona Golden Terra merupakan Colour of The Year yang membawa maksud semangat olimpik dan atlet untuk meraih pingat emas. Atlet menggunakan rona Golden Terra dalam solekan mereka untuk menaikkan seri wajah dan menunjukkan matlamat mereka yang utama berada di situ, untuk meraih pingat emas. Gaya solekan ini boleh didapati dengan menggunakan Mothership X: Moonlit Seduction Eyeshadow Palette dari PAT McGRATH LABS. https://www.instagram.com/p/CgUgSlZAEhO/Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
