5 Barang Kemas Terindah Di Koleksi Treasure Island Oleh Van Cleef & Arpels
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Mar 05, 2025
Buku nukilan Robert Louis Stevenson yang bertajuk Treasure Island membuahkan idea kepada terhasilnya himpunan barang kemas termewah Van Cleef & Arpels.
Van Cleef & Arpels sekali lagi berlayar dalam dunia fantasi mereka dan memilih karya Robert Louis Stevenson yang bertajuk Treasure Island sebagai tunjang idea himpunan barang kemas termewah. Buku yang pertama kali diterbitkan pada 1883 membawa satu kembara yang sarat fantasi ke satu pulau penuh misteri. Jenama barang kemas mewah ini melabuhkan kapal di Phuket dengan membawa kisah fantasi ini. Melalui payung utama Treasure Island, lahirlah tiga siri koleksi yang bisa membuatkan wanita bermimpi dengan misteri.
Himpunan pertama The Adventure at The Sea mencipta satu plot yang mana barang kemas yang berkisarkan pelayaran di lautan luas. Menuju ke horizon yang tidak berpenghujung. Siri kedua pula berkisarkan tentang Exploring the Island yang mana mereka meminjamkan rona-rona indah, juga fauna yang eksotik sebagai idea barang kemas. Manakala yang terakhir pula, ia mengabadikan kisah The Treasure Hunt. Barang kemas buat koleksi ini bermain dengan hasil penemuan harta karun yang telah sang pengembara.
Lima Barang Kemas Treasure Island Pilihan GLAM!
Kerongsang Hispaniola
Klip mewah ini diinspirasikan daripada bahtera yang berlayar di samudera. Ia diperbuat daripada emas kuning serta putih dengan tatahan berlian yang direka seakan kain-kain layar linen pada kapal besar.
Gelang Tangan Traversée Mystérieuse
Ombak yang beralun aman atas permukaan laut membuahkan idea kepada penghasilan gelang tangan bertatah batu nilam mewah. Ia juga direka dengan teknik Mystery Set yang ikonik oleh Van Cleef & Arpels.
Kerongsang Carte au trésor
Van Cleef & Arpels juga mahu mengembalikan rasa fantasi kanak-kanak dengan mereka kerongsang berasaskan peta harta karun buat koleksi Treasure Island. Kerongsang peta dihasilkan dengan emas kuning dan diikat bersama tali emas merah jambu.
Subang Palmettes Mystérieuses
Subang yang meminjam idea pohon palma ini menyaksikan ketukangan hebat Van Cleef & Arpels dengan menggunakan teknik Traditional Mystery Set. Batang pohon palma boleh dipisahkan daripada daun bagi memberi gaya subang yang pelbagai.
Cincin Coffre Précieux
Cincin yang cukup gah ini dihiasi dengan pelbagai batu-batu berlian pelbagai warna. Ideanya adalah setiap butir berlian ini didapatkan hasil daripada harta karun yang telah dijumpai.
Artikel Berkaitan: Legasi Ratusan Tahun & Aspirasi Feminin Koleksi Perlée Oleh Van Cleef & Arpels
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
