Sublimic Timetic Untuk Penjagaan Rambut Mewah
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Oct 31, 2025
SUBLIMIC TIMETIC penjagaan rambut premium dan sains ritma sirkadian cetus revolusi kecantikan yang diselaraskan mengikut detik masa biologi tubuh badan, malah mengangkat penjagaan rambut secara premium di peringkat berbeza.
Sempena pelancaran ekslusif SUBLIMIC TIMETIC in, Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman dijemput untuk menginap satu malam di Park Hyatt Kuala Lumpur untuk memahami lebih mendalam mengenai rangkaian penjagaan rambut premium ini.
Dalam dunia yang semakin pantas, kecantikan bukan lagi sekadar tentang penampilan luaran. Ia tentang memahami tubuh kita, menghormati ritma semula jadinya, dan memberikan penjagaan yang selaras dengan keperluan unik setiap detik. Inilah falsafah di sebalik pelancaran terbaharu Shiseido Professional SUBLIMIC untuk rangkaian TIMETIC. Koleksi yang peka akan penjagaan kulit kepala dan rambut yang mentakrifkan semula maksud kemewahan dalam penjagaan rambut.
Dilancarkan secara eksklusif di salon terpilih merentas lapan negara dan rantau di Asia termasuk Malaysia, TIMETIC bukan sekadar produk rambut biasa. Ia adalah ritual kecantikan holistik yang dicipta khas untuk pengguna Asia yang menghargai pengalaman mewah dan hasil yang transformatif.
Pernahkah anda terfikir bahawa kulit kepala anda mempunyai “jam” dalaman sendiri? Sama seperti tubuh kita mengikuti ritma sirkadian bermaksud kitaran biologi 24 jam yang mengawal pelbagai fungsi badan. Kulit kepala kita juga beroperasi mengikut irama masa yang sama. Pada waktu malam, fungsi regeneratif kulit kepala menjadi aktif, manakala pada siang hari, mekanisme pertahanan melindungi daripada tekanan persekitaran.
SUBLIMIC TIMETIC direka khas seiring dengan ritma semula jadi ini. Formulasi canggihnya melindungi dan memperbaharui kulit kepala sepanjang setiap fasa hari, sambil secara intensif membaiki dan melindungi rambut daripada kerosakan luaran. Kilauan yang berkekalan, kecantikan yang kekal relevan tanpa mengira masa.
Kemewahan TIMETIC bukan hanya terletak pada formulasinya. Setiap penggunaan adalah pengalaman sensori yang memikat jiwa. Rangkaian ini menampilkan wangian sofistikated, yang semerbak aroma sejambak bunga putih yang menggabungkan melati, Lily of the Valley, Orange Blossom, diperkaya dengan kehangatan musk dan amber lembut. Haruman kaya ini dicipta dengan teknologi MoodScentz + Relax & Unwind yang menghasilkan suasana keyakinan, ketenangan, dan optimisma. Setiap kali anda mencuci rambut, ia bukan sekadar rutin harian, tetapi momen meditasi, satu ritual yang memulihkan jiwa sambil merawat rambut.
TIMETIC menawarkan lima produk yang direka untuk melengkapi antara satu sama lain seperti SUBLIMIC TIMETIC Premium Shampoo menghasilkan buih mewah yang membersihkan dengan lembut sambil menghidrasi kulit kepala. Ia adalah permulaan sempurna untuk ritual penjagaan anda. SUBLIMIC TIMETIC Premium Hair Mask adalah jantung rawatan kerana pupur ini bertekstur keemasan yang membaiki secara mendalam dan mengukuhkan kekuatan dalaman rambut untuk hasil licin dan bercahaya. SUBLIMIC TIMETIC Premium Hair Serum adalah sentuhan akhir yang sempurna. Serum seperti susu yang ringan ini melembapkan, membaiki, dan melindungi rambut untuk kelembutan dan kilauan berpanjangan.Untuk rawatan profesional di salon, koleksi ini turut menawarkan Premium Treatment I dan Premium Treatment II yang bekerja secara sinergistik dengan Hair Mask untuk mengelak kutikula, meningkatkan kuasa pembaikan, dan memaksimumkan perlindungan.
Sempena meraikan pelancaran eksklusif SUBLIMIC TIMETIC ini, GLAM turut hadirkan diri ke acara eksklusif pembukaan rasmi salun HairCo di The Gardens, Mid Valley Megamall dengan ruang baharu lebih holistik dan menenangkan.
Artikel berkaitan

Keajaiban TIMETIC COMPLEX
Di jantung koleksi ini terletak TIMETIC COMPLEX iaitu gabungan eksklusif bahan-bahan termaju yang bekerja dalam dua dimensi pentin. Chrono Chardy, ramuan istimewa yang menyokong ritma sirkadian kulit kepala, meningkatkan fungsi pelindung dan memberikan kelembapan optimum. Ia bekerja mengikut masa dan mengukuhkan fungsi halangan pada malam hari dan melindungi daripada kerosakan pada siang hari. Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada pertumbuhan rambut yang bercahaya. PhytoCuticle pula bertindak membaiki kerosakan, melicinkan permukaan rambut, dan melindungi daripada tekanan luaran. Diperkaya dengan Minyak Biji Delima dan Protein Beras Terhidrolisis, formulasi ini membaiki kerosakan secara mendalam, mengunci kelembapan, protein dan lipid untuk kilauan segera dan berpanjangan. Teknologi dua-dimensi ini memastikan kedua-dua kulit kepala dan rambut menerima penjagaan menyeluruh, bukan sekadar rawatan permukaan, tetapi transformasi dari dalam.
Kemewahan TIMETIC bukan hanya terletak pada formulasinya. Setiap penggunaan adalah pengalaman sensori yang memikat jiwa. Rangkaian ini menampilkan wangian sofistikated, yang semerbak aroma sejambak bunga putih yang menggabungkan melati, Lily of the Valley, Orange Blossom, diperkaya dengan kehangatan musk dan amber lembut. Haruman kaya ini dicipta dengan teknologi MoodScentz + Relax & Unwind yang menghasilkan suasana keyakinan, ketenangan, dan optimisma. Setiap kali anda mencuci rambut, ia bukan sekadar rutin harian, tetapi momen meditasi, satu ritual yang memulihkan jiwa sambil merawat rambut.
TIMETIC menawarkan lima produk yang direka untuk melengkapi antara satu sama lain seperti SUBLIMIC TIMETIC Premium Shampoo menghasilkan buih mewah yang membersihkan dengan lembut sambil menghidrasi kulit kepala. Ia adalah permulaan sempurna untuk ritual penjagaan anda. SUBLIMIC TIMETIC Premium Hair Mask adalah jantung rawatan kerana pupur ini bertekstur keemasan yang membaiki secara mendalam dan mengukuhkan kekuatan dalaman rambut untuk hasil licin dan bercahaya. SUBLIMIC TIMETIC Premium Hair Serum adalah sentuhan akhir yang sempurna. Serum seperti susu yang ringan ini melembapkan, membaiki, dan melindungi rambut untuk kelembutan dan kilauan berpanjangan.Untuk rawatan profesional di salon, koleksi ini turut menawarkan Premium Treatment I dan Premium Treatment II yang bekerja secara sinergistik dengan Hair Mask untuk mengelak kutikula, meningkatkan kuasa pembaikan, dan memaksimumkan perlindungan.
Sempena meraikan pelancaran eksklusif SUBLIMIC TIMETIC ini, GLAM turut hadirkan diri ke acara eksklusif pembukaan rasmi salun HairCo di The Gardens, Mid Valley Megamall dengan ruang baharu lebih holistik dan menenangkan.
Artikel berkaitan
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti