Prada Lancar Kafe Pertama Di Asia
10 Fakta Menarik Mengenai Album Ikonik Adele ‘21’
Michael B. Jordan Dianugerah Bintang Hollywood Walk Of Fame
All I Want For Christmas Is…
Nak Raya Tanpa Berat Badan Naik? Ini Tips Diet Yang Boleh Anda Cuba
Home > Gaya Hidup > Siri Podcast Eksklusif : 3 Perbualan Tentang Kekuatan, Identiti dan Naratif Kehidupan

Siri Podcast Eksklusif : 3 Perbualan Tentang Kekuatan, Identiti dan Naratif Kehidupan

Sempena Hari Wanita Sedunia 2026, Tiffany & Co. dan Biz of RE berkolaborasi menghadirkan satu siri perbualan podcast yang mengangkat kisah wanita melalui refleksi yang jujur dan bermakna. Daripada menumpukan semata-mata kepada kejayaan, siri ini memberi ruang kepada kisah di sebalik perjalanan seseorang wanita di saat yang mungkin berlaku dalam diam namun meninggalkan kesan besar terhadap siapa diri kita hari ini. Termasuklah tentang keputusan yang dibuat tanpa kepastian, keberanian untuk berubah, dan proses memahami diri sendiri melalui pengalaman hidup. Melalui tiga episod yang menampilkan tiga wanita dengan perjalanan yang berbeza, perbualan ini membuka ruang untuk membincangkan kekuatan dari pelbagai sudut. Daripada keberanian untuk bermula, kepada keberanian untuk berubah, dan akhirnya keupayaan untuk terus berkembang sebagai individu.

Setiap siri podcast eksklusif ini membawa perspektif yang berbeza, namun berkongsi satu perkara yang sama: bagaimana pengalaman hidup membentuk identiti dan cara kita melihat dunia.

Jane Chuck & Pauline Tan: Kekuatan untuk Bermula

Episod pertama menampilkan usahawan dan pencipta kandungan Jane Chuck dalam perbualan bersama hos Pauline Tan untuk ICON. Jane Chuck dikenali sebagai individu yang membina jenama dan platformnya sendiri melalui kreativiti dan keaslian. Dalam episod ini, Jane berkongsi tentang permulaan perjalanan kerjayanya ketika segala-galanya masih belum jelas, namun keinginan untuk mencuba dan mencipta tetap ada. Melalui soalan-soalan reflektif daripada Pauline Tan, Jane mengimbau kembali saat-saat awal apabila dia memilih untuk mengikuti naluri sendiri walaupun tanpa jaminan tentang masa depan. Beliau berkongsi tentang ketakutan, keraguan dan bagaimana pengalaman tersebut akhirnya membentuk keyakinan yang dimilikinya hari ini.
 
View this post on Instagram
 

A post shared by ICON Malaysia (@icon.malaysia)

Pakaian, (Jane Chuck) Dress MAX MARA daripada MELIUM Barang Kemas, (Jane Chuck & Pauline Tan) Tiffany & Co. Perbualan ini menekankan bahawa kekuatan tidak semestinya hadir dalam bentuk keyakinan sejak awal. Kadangkala ia bermula dengan keberanian untuk mencuba, belajar sepanjang perjalanan dan mempercayai proses yang sedang berlaku. Kisah Jane mengingatkan kita bahawa setiap permulaan mungkin kelihatan tidak pasti, namun di situlah kita sering menemui potensi diri yang sebenar.

Shalma Ainaa & Sazzy Falak: Keberanian untuk Mencipta

Episod kedua menampilkan Shalma Ainaa dalam perbualan bersama hos Sazzy Falak untuk Harper’s BAZAAR Malaysia. Perjalanan Shalma menggambarkan keberanian untuk berubah dan mencipta semula arah hidup apabila keadaan menuntutnya. Dalam perbualan ini, beliau berkongsi tentang detik-detik penting yang membuatkan dirinya menilai semula keutamaan, identiti dan masa depan yang ingin dibina. Dengan pendekatan yang penuh empati, Sazzy Falak membawa perbualan lebih mendalam menyentuh tentang proses melepaskan jangkaan dan membuka ruang kepada kemungkinan baharu. Shalma bercakap secara jujur tentang cabaran emosi yang datang bersama perubahan, serta bagaimana pengalaman tersebut membantu dirinya berkembang sebagai individu.
Pakaian, (Shalma Ainaa) Shals.KL (Sazzy Falak) Blazer MAX MARA daripada MELIUM Barang Kemas, Tiffany & Co. Bagi Shalma, proses mencipta semula diri bukanlah satu keputusan yang berlaku dalam sekelip mata. Ia adalah perjalanan yang memerlukan refleksi, ketabahan dan kesediaan untuk menerima bahawa perubahan adalah sebahagian daripada pertumbuhan. Melalui perbualan ini, kita diingatkan bahawa transformasi bukan tentang meninggalkan masa lalu, tetapi tentang memberi ruang kepada diri untuk berkembang menjadi versi yang lebih kuat dan jelas tentang siapa kita sebenarnya.

Siti Saleha & Yaya Zahir: Kekuatan untuk Berevolusi

Episod terakhir menampilkan pelakon Siti Saleha dalam perbualan bersama hos Yaya Zahir. Setelah lebih 15 tahun berada dalam industri hiburan, Siti Saleha berkongsi refleksi tentang perjalanan hidup yang telah membentuk dirinya hari ini. Dia menceritakan bagaimana pengalaman sepanjang kerjaya telah membuka ruang untuk mengenali kekuatan yang sebelum ini tidak disedari. Dalam perbualan ini, Siti Saleha menekankan kepentingan untuk kekal rendah diri dan menerima bahawa hidup sentiasa berubah. Beliau turut berkongsi tentang kesedaran yang tidak semua orang akan sentiasa mempunyai niat yang baik terhadap kita, namun memahami perkara itu membantu kita menjadi lebih matang dan sedar tentang diri sendiri.
Pakaian, (Siti Saleha) dress SANDRO (Yaya Zahir) top By. Syomz Barang Kemas, Tiffany & Co. Salah satu tema utama yang dibincangkan ialah bagaimana kelemahan juga boleh menjadi satu bentuk kekuatan. Dengan bersikap jujur tentang keraguan dan ketidakpastian, seseorang itu dapat memahami dirinya dengan lebih mendalam dan bergerak ke hadapan dengan lebih yakin. Melalui perbualan bersama Yaya Zahir, Siti Saleha mengingatkan bahawa proses berkembang sebagai individu sering berlaku secara perlahan melalui pengalaman, refleksi dan kesediaan untuk terus belajar daripada kehidupan.

Perjalanan Berbeza, Kekuatan yang Sama

Walaupun datang daripada latar belakang dan pengalaman yang berbeza, ketiga-tiga wanita ini berkongsi satu perkara yang sama yakni keberanian untuk terus menjadi diri sendiri melalui setiap fasa kehidupan. Bagi Jane Chuck, kekuatan hadir dalam keberanian untuk bermula tanpa jaminan. Bagi Shalma Ainaa, ia terletak pada keupayaan untuk mencipta semula diri melalui perubahan. Bagi Siti Saleha, kekuatan muncul melalui proses berkembang, refleksi dan kesedaran diri. Melalui perbualan-perbualan ini, kita diingatkan bahawa setiap wanita mempunyai naratifnya sendiri. Kisah yang dibentuk oleh pengalaman, keputusan dan detik-detik yang meninggalkan kesan dalam perjalanan hidupnya. Dan dari situlah sebenarnya terletaknya kekuatan yang paling bermakna.

Pengarah Kreatif, Nisa’ Halid Pengarah Seni Kanan, Khai Ramli (ICON & Harper’s BAZAAR) Pengarah Seni, Amirul Ariffin (GLAM) Pengarah Digital (Harper’s BAZAAR), Amalina Annuar Timbalan Pengarah (ICON) Tiffany Tan Pengarah Visual, Syafiq Sazaly Penolong Pengarah Visual, Zakwan Taufiq Fotografi, Lily Alissa Jurusolek Selebriti, Ezad Ibrahim untuk Jane Chuck & Pauline Tan, Siti Saleha & Yaya Zahir, Gabriel Padan untuk Shalma Ainaa & Sazzy Falak Dandanan Rambut, Bibian Leong Lokasi, Serai Hall, KLGCC (ICON), DOJO Coworking KL (Harper’s BAZAAR) Presidential Suite, Park Hyatt Hotel KL (GLAM) Pelatih Amali, Nurul Izzati & Nur Afiqah

Baca artikel berkaitan: Kekuatan Untuk Berevolusi – Siti Saleha