GLAM Sejenak Bersama Sharifah Rose, Kongsi Pembelian Terkininya Bulan Ini
Senarai ‘Teman Lelaki’ Yang Red Flag!
7 Penyanyi Ikonik Yang Tidak Pernah Memenangi Anugerah Grammy
Amarah Kanye West Mengundang Padah
Lima Deria Menikmati Coklat Läderach
Home > Gaya Hidup > Hidup Sibuk Dan Aktif? Ini Tip Meal Prep Untuk Hidup Sihat Dan Mudah

Hidup Sibuk Dan Aktif? Ini Tip Meal Prep Untuk Hidup Sihat Dan Mudah

Dalam dunia moden yang pantas, masa seolah-olah sentiasa mengejar kita. Dari mesyuarat berterusan hingga jadual kerja yang padat, mencari masa untuk makan dengan sihat kadang-kadang nampak mustahil. Di sinilah meal prep muncul sebagai penyelamat. Ia menjadi rahsia hidup sihat, mudah, dan praktikal untuk anda yang hidup sibuk dan aktif. Apa itu meal prep? Secara ringkas, meal prep bermaksud menyediakan makanan lebih awal untuk beberapa hari atau minggu. Ia bukan sekadar memasak dalam kuantiti banyak. Ia tentang merancang, menyediakan, dan menyimpan makanan supaya apabila anda mempunyai masa yang terhad, anda masih boleh menikmati hidangan penuh nutrien tanpa stress. Hidup sibuk bukan alasan untuk abaikan pemakanan sihat. Fokus kepada strategi yang efektif untuk rutin harian anda. GLAM kongsi tip meal prep untuk individu yang sentiasa sibuk agar anda masih boleh menikmati makanan yang penuh nutrisi dan mudah!

Ini Panduan Ringkas Meal Prep Untuk Gaya Hidup Sihat!

1. Rancang mengikut keperluan

Hidup Sibuk dan Aktif? Ini Tips Meal Prep untuk Hidup Sihat dan Mudah Rancang mengikut keperluan anda adalah kunci untuk meal prep yang efektif dan praktikal. Dengan merancang menu untuk 3–5 hari ke hadapan, anda perlu memastikan variasi makanan adalah menarik dan tidak membosankan, tetapi juga menyesuaikan hidangan mengikut keperluan harian. Anda juga hendaklah mempertimbangkan jumlah hidangan yang diperlukan serta pemilihan bahan yang sedang dalam musim. Contohnya, anda boleh memilih menu yang ringkas tetapi mengenyangkan seperti sandwich atau overnight oats untuk sarapan. Hidangan sebegini bukan sahaja mudah disediakan dan tahan disimpan, malah sesuai dinikmati ketika waktu pagi yang selalunya dipenuhi dengan kesibukan sebelum memulakan hari.

2. Batch cooking

Menyediakan makanan dalam kuantiti yang besar sekaligus turut boleh membantu anda menjimatkan masa tetapi tetap dapat menikmati makanan penuh nutrisi. Dengan memasak hidangan dalam kuantiti besar sekaligus untuk kegunaan beberapa hari, anda hanya perlu membahagikannya ke beberapa bahagian kecil untuk disimpan dan dinikmati sepanjang minggu. Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan masa di dapur, malah memastikan setiap hidangan lebih teratur dan mudah dicapai bila diperlukan.  Lebih menarik, anda masih dapat mengawal kandungan nutrisi dalam setiap sajian sekaligus menjadikan rutin pemakanan lebih seimbang dan konsisten. Satu langkah yang praktikal namun hasilnya gaya hidup yang lebih terurus dan sihat.

3. Gunakan bekas berkualiti

Hidup Sibuk dan Aktif? Ini Tips Meal Prep untuk Hidup Sihat dan Mudah Untuk memastikan makanan yang disediakan kekal segar dan selamat untuk dinikmati, anda hendaklah menggunakan bekas yang berkualiti. Pilih bekas penyimpanan yang kedap udara agar rasa, tekstur dan kualiti hidangan dapat dikekalkan lebih lama. Ia juga penting agar anda memilih bekas yang BPA-free, microwave safe dan leak proof. Selain membantu mengekalkan kesegaran makanan, bekas yang sesuai juga memudahkan anda membawa hidangan ke tempat kerja, gym atau ketika berada di luar sepanjang hari. Dengan penyimpanan yang betul, meal prep menjadi lebih praktikal untuk gaya hidup yang sibuk.

4. Pilih bahan yang praktikal dan tahan lama

Fokus pada bahan seperti ayam, telur, ikan, sayur segar yang mudah disimpan, dan bijirin, kerana ia bukan sahaja mudah dimasak tetapi juga dapat bertahan lebih lama tanpa menjejaskan kualiti. Dengan pemilihan bahan yang tepat, anda boleh menyediakan hidangan yang sihat dan mudah untuk beberapa hari ke hadapan, sekaligus menjadikan rutin harian lebih teratur dan bebas tekanan. Utamakan bahan protein, karbohidrat dan sayur-sayuran yang boleh digabungkan dalam pelbagai resepi. 

5. Label dan catat tarikh makanan anda

Hidup Sibuk dan Aktif? Ini Tips Meal Prep untuk Hidup Sihat dan Mudah Jika anda menyimpan makanan dalam peti sejuk beku, pastikan setiap bekas dilabel dengan jenis hidangan dan tarikh penyimpanan. Cara ini memudahkan anda untuk memantau apa yang ada, serta memastikan hidangan yang lebih lama digunakan terlebih dahulu. Dengan tip mudah ini, meal prep menjadi lebih teratur dan tiada makanan yang terbuang. Artikel berkaitan: Nak Lambat Penuaan? Ini Rahsia Di Sebalik Pinggan Anda