Related Stories
Home > Gaya Hidup > Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Perlu Anda Tahu
Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Perlu Anda Tahu
Peralihan pilihan pengangkutan ke kereta elektrik semakin mendapat perhatian! Ini 7 fakta tentang EV yang mungkin akan mengubah cara anda melihat masa depan pemanduan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kereta elektrik atau electric vehicle (EV) semakin menjadi pilihan ramai. Jika dahulu ia dianggap sebagai teknologi masa depan, hari ini EV sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden, terutamanya dalam kalangan mereka yang mementingkan inovasi, kelestarian dan kecekapan. EV adalah kenderaan yang digerakkan oleh motor elektrik dengan tenaga yang disimpan dalam bateri boleh dicas semula. Berbeza dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman yang bergantung kepada petrol atau diesel, EV beroperasi tanpa menghasilkan pelepasan gas ekzos. Daripada penjimatan kos petrol hingga pengalaman pemanduan yang lebih senyap, GLAM kongsikan beberapa fakta menarik tentang kereta EV yang anda perlu tahu!
Perbezaan paling ketara antara kereta EV dan kereta konvensional adalah sumber tenaganya. Kereta EV digerakkan sepenuhnya oleh tenaga elektrik yang disimpan dalam bateri, tanpa memerlukan petrol atau diesel. Ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil, malah dapat membantu mengurangkan perbelanjaan anda untuk petrol yang kadangkala meningkat harganya.
Antara jenama yang turut tampil dengan teknologi ini ialah Volvo XC90 Ultra T8 daripada Volvo, yang menawarkan gabungan kuasa maksimum 462 hp dan 709 Nm tork, dengan penggunaan bahan api serendah 1.8 liter bagi setiap 100 km.
Pengalaman pemanduan juga terasa lebih seronok bersama tahap bunyi enjin yang sangat minimum. Tanpa bunyi enjin konvensional, perjalanan menjadi lebih tenang dan lancar. Bagi ramai pemandu, pengalaman ini memberi rasa lebih eksklusif. Anda juga akan menjadi lebih fokus ketika memandu, sekaligus dapat mengelakkan sebarang kemalangan.
Kereta EV juga menawarkan prestasi yang mengagumkan, dengan pecutan yang responsif dan lancar kerana motor elektrik memberikan tork segera tanpa perlu menunggu enjin “naik gear”. Tanpa gegaran enjin seperti kereta konvensional, perjalanan terasa lebih stabil dan terkawal. Hasilnya, penumpang dapat menikmati keselesaan maksimum.
Selain prestasi dan keselesaan, kereta EV juga menyerlah kerana sifatnya yang mesra alam. Tanpa enjin pembakaran dalaman, kereta EV tidak menghasilkan pelepasan gas ekzos secara langsung. Ini membantu mengurangkan pencemaran udara di bandar dan menurunkan jejak karbon individu. Dengan teknologi ini, setiap perjalanan bukan sahaja menyokong mobiliti moden, tetapi juga menyumbang kepada usaha global menjaga alam sekitar dan menjadikan kehidupan bandar lebih hijau serta bersih.
Ramai tidak sedar bahawa kereta EV sebenarnya mempunyai komponen mekanikal yang lebih sedikit berbanding kereta biasa. Berbeza dengan kereta petrol yang mempunyai ratusan komponen bergerak, motor elektrik pada kereta EV mempunyai bahagian yang lebih rendah! Semakin sedikit bahagian yang bergerak, semakin mudah dan kurang membebankan dari segi penyelenggaraan. Kereta EV juga tidak memerlukan pertukaran minyak, palam pencucuh, atau tali sawa sekaligus menjadikan penjagaan kereta lebih mudah. Ia turut membantu anda menjimatkan masa dan kos secara signifikan.
Kereta EV dilengkapi pelbagai teknologi canggih yang menjadikan pemanduan lebih pintar dan menyeronokkan. Banyak jenama kini memperkenalkan model EV dengan sistem pintar, contohnya paparan tengah 11.2 inci dengan UX generasi baharu Volvo Cars, paparan pemandu 12.3 inci, head-up display, serta Pilot Assist generasi baharu dengan cruise control adaptif yang memudahkan kawalan perjalanan. Keselamatan dan kemudahan turut dipertingkatkan melalui kamera 360 darjah, manakala hiburan premium dijamin dengan sistem audio Bowers & Wilkins. Keselesaan penumpang pula tidak diabaikan, dengan tempat duduk depan berkuasa lengkap dengan ventilasi dan bumbung suria panorama dengan tirai elektrik.
Jika dahulu kekurangan stesen pengecas menjadi kebimbangan utama, situasi kini semakin berubah. Banyak pusat membeli-belah, hotel dan kawasan komersial di bandar besar telah menyediakan kemudahan pengecasan EV, menjadikan penggunaannya lebih praktikal untuk kegunaan harian. Contohnya, anda boleh meninggalkan kereta untuk dicas sambil bersiar-siar di pusat membeli-belah, menjadikan rutin harian lebih efisien dan tanpa gangguan.
Artikel berkaitan: Selamat – Hadiah Sebenar Bagi Yang Menanti Anda Lebaran Ini!
Ini 7 Sebab Mengapa Kereta EV Semakin Mendapat Perhatian!
1. Tidak menggunakan petrol
Perbezaan paling ketara antara kereta EV dan kereta konvensional adalah sumber tenaganya. Kereta EV digerakkan sepenuhnya oleh tenaga elektrik yang disimpan dalam bateri, tanpa memerlukan petrol atau diesel. Ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil, malah dapat membantu mengurangkan perbelanjaan anda untuk petrol yang kadangkala meningkat harganya.
Antara jenama yang turut tampil dengan teknologi ini ialah Volvo XC90 Ultra T8 daripada Volvo, yang menawarkan gabungan kuasa maksimum 462 hp dan 709 Nm tork, dengan penggunaan bahan api serendah 1.8 liter bagi setiap 100 km.
2. Pengalaman pemanduan yang lebih senyap
Pengalaman pemanduan juga terasa lebih seronok bersama tahap bunyi enjin yang sangat minimum. Tanpa bunyi enjin konvensional, perjalanan menjadi lebih tenang dan lancar. Bagi ramai pemandu, pengalaman ini memberi rasa lebih eksklusif. Anda juga akan menjadi lebih fokus ketika memandu, sekaligus dapat mengelakkan sebarang kemalangan.
3. Pecutan lebih responsif
Kereta EV juga menawarkan prestasi yang mengagumkan, dengan pecutan yang responsif dan lancar kerana motor elektrik memberikan tork segera tanpa perlu menunggu enjin “naik gear”. Tanpa gegaran enjin seperti kereta konvensional, perjalanan terasa lebih stabil dan terkawal. Hasilnya, penumpang dapat menikmati keselesaan maksimum.
4. Mesra alam sekitar
Selain prestasi dan keselesaan, kereta EV juga menyerlah kerana sifatnya yang mesra alam. Tanpa enjin pembakaran dalaman, kereta EV tidak menghasilkan pelepasan gas ekzos secara langsung. Ini membantu mengurangkan pencemaran udara di bandar dan menurunkan jejak karbon individu. Dengan teknologi ini, setiap perjalanan bukan sahaja menyokong mobiliti moden, tetapi juga menyumbang kepada usaha global menjaga alam sekitar dan menjadikan kehidupan bandar lebih hijau serta bersih.
5. Bahagian penyelenggaraan yang lebih rendah
Ramai tidak sedar bahawa kereta EV sebenarnya mempunyai komponen mekanikal yang lebih sedikit berbanding kereta biasa. Berbeza dengan kereta petrol yang mempunyai ratusan komponen bergerak, motor elektrik pada kereta EV mempunyai bahagian yang lebih rendah! Semakin sedikit bahagian yang bergerak, semakin mudah dan kurang membebankan dari segi penyelenggaraan. Kereta EV juga tidak memerlukan pertukaran minyak, palam pencucuh, atau tali sawa sekaligus menjadikan penjagaan kereta lebih mudah. Ia turut membantu anda menjimatkan masa dan kos secara signifikan.
6. Dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih
Kereta EV dilengkapi pelbagai teknologi canggih yang menjadikan pemanduan lebih pintar dan menyeronokkan. Banyak jenama kini memperkenalkan model EV dengan sistem pintar, contohnya paparan tengah 11.2 inci dengan UX generasi baharu Volvo Cars, paparan pemandu 12.3 inci, head-up display, serta Pilot Assist generasi baharu dengan cruise control adaptif yang memudahkan kawalan perjalanan. Keselamatan dan kemudahan turut dipertingkatkan melalui kamera 360 darjah, manakala hiburan premium dijamin dengan sistem audio Bowers & Wilkins. Keselesaan penumpang pula tidak diabaikan, dengan tempat duduk depan berkuasa lengkap dengan ventilasi dan bumbung suria panorama dengan tirai elektrik.
7. Infrastruktur pengecasan semakin berkembang
Jika dahulu kekurangan stesen pengecas menjadi kebimbangan utama, situasi kini semakin berubah. Banyak pusat membeli-belah, hotel dan kawasan komersial di bandar besar telah menyediakan kemudahan pengecasan EV, menjadikan penggunaannya lebih praktikal untuk kegunaan harian. Contohnya, anda boleh meninggalkan kereta untuk dicas sambil bersiar-siar di pusat membeli-belah, menjadikan rutin harian lebih efisien dan tanpa gangguan.
Artikel berkaitan: Selamat – Hadiah Sebenar Bagi Yang Menanti Anda Lebaran Ini!
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
