fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Mimifly, Sophia Liana & Aliana Azizi: Beyond Bars and Beats
Dari Meja Pengarah Kreatif: Masa Hadapan Yang Cerah
Tahniah! Mimi Lana dan Syafiq Kyle Kini Sah Bergelar Suami Isteri
2022 : Kedai Buku 24 jam Pertama Di Dunia Bakal Menjejakkan Kaki di The Starhill, KL.
Farah Ann Bakal Berundur Daripada Sukan Gimnastik?
Home > Gaya Hidup > Rolex Menjulang Esen Kesenian Sinema

Rolex Menjulang Esen Kesenian Sinema

Perpaduan Rolex tentang masa, seni dan ketepatan dalam dunia perfileman global yang meraikan kreativiti sinema yang berpanjangan.

Rolex bukan hanya sebagai penanda serta penjaga masa semata, tetapi sebagai entiti warisan seni yang bergerak merentasi generasi. Melalui komitmen berterusan terhadap dunia seni, khususnya sinema, Rolex mengangkat nilai ketelitian, keunggulan dan ekspresi kreatif ke tahap yang lebih mendalam. Hubungan antara Rolex dan sinema bukanlah satu kebetulan, tetapi sebuah evolusi yang terjalin sejak dekad lalu. Seawal era 1950-an, jam tangan Rolex mula muncul sebagai simbol dalam filem, memperkayakan karakter dengan lapisan identiti yang halus namun signifikan. Jam tangan sebagai penunjuk status, personaliti dan masa yang sedang berlalu dalam cerita.

Perkembangan ini membawa Rolex ke satu posisi yang lebih besar dalam industri. Hari ini, jenama ini berdiri sebagai Proud Sponsor Oscars®️, sebuah pentas global yang meraikan kecemerlangan sinematik. Di sebalik gemerlapan karpet merah dan detik kemenangan, terdapat satu falsafah yang sama antara Rolex dan dunia filem yakni setiap karya besar lahir daripada gabungan ketelitian teknikal dan keberanian kreatif. Namun, kekuatan sebenar hubungan ini terletak pada individu yang membentuknya. Rolex Testimonee dalam dunia sinema bukan hanya duta jenama, tetapi cerminan nilai yang ingin diangkat kerana ketekunan, keberanian dan keupayaan untuk memberi kesan yang melangkaui layar.

ROLEX TESTIMONEE, LEONARDO DICAPRIO

Sekarang ini Rolex mempunyai lima sinema Testimonees: James Cameron, Martin Scorsese, Jia Zhang-Ke, Leonardo DiCaprio dan Zendaya. Leonardo DiCaprio hadir sebagai simbol dedikasi yang tidak tergoyahkan. Setiap watak yang dibawanya bukan sahaja mencabar keupayaan lakonan, tetapi juga memperlihatkan kesungguhan dalam memahami emosi manusia. Di luar layar, pelakon ini sudah menubuhkan agensi alam sekitar pertamanya pada usia 24 tahun, telah menghasilkan pelbagai dokumentari dan berkhidmat sebagai United Nations Messenger of Peace, menggunakan platformnya untuk menangani perubahan iklim di sidang kemuncak global dan secara langsung menyokong pelbagai projek pemuliharaan di seluruh dunia.

ROLEX TESTIMONEE, ZENDAYA

Zendaya merupakan salah seorang bakat muda yang paling menarik dalam senima kontemporari. Dia telah pun bekerja dalam industri ini dan mengasah bakatnya selama lebih sedekad. Kehadirannya yang dinamik di dalam dan di luar skrin, digabungkan dengan tujuan yang tersendiri, telah meletakkannya di barisan hadapan generasi baharu dalam memajukan dunia perfileman. Di luar skrin, Zendaya juga dikenali kerana advokasinya, menyokong pelbagai tujuan. Rolex juga memainkan peranan penting dalam memelihara ekosistem perfileman. Melalui kerjasama dengan institusi seperti Academy of Motion Picture Arts and Sciences serta pelbagai festival dan program pendidikan, jenama ini membantu memastikan bahawa seni perfileman terus berkembang dan diwarisi oleh generasi akan datang.

ROLEX TESTIMONEE, JAMES CAMERON

Di Oscars®️, peranan Rolex melangkaui simbolik. Dari ruang Greenroom yang direka dengan teliti hingga kepada kehadiran jam tangan ikonik seperti Oyster Perpetual Cosmograph Daytona, setiap elemen mencerminkan kesempurnaan yang menjadi identiti jenama. Ruang elegan yang menjadi tempat buat penyampai, calon dan penerima untuk berehat sewaktu acara sedang terus berlangsung. Apa yang menjadikan hubungan ini begitu signifikan adalah pendekatan Rolex yang melihat sinema sebagai satu bentuk warisan budaya. Melalui Perpetual Arts Initiative, jenama ini bukan sahaja menyokong karya yang sudah diiktiraf, tetapi juga membuka ruang kepada bakat baharu untuk berkembang. Ia adalah satu ekosistem yang hidup bagi menghubungkan masa lalu, masa kini dan masa hadapan dalam satu naratif yang berterusan.