fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Ini 5 Sebab Kenapa Sesetengah Rumah Tangga Gagal
Anna Jobling Pintas Ariana Grande Dalam Senarai 100 Wanita Tercantik 2023
Konsert Ella Diiktiraf Malaysia Book of Records
Foto & Nama Anakanda Tengku Mahkota Kelantan Dikongsi Bersama Peminat Diraja
Ada Apa Dengan Tiz Zaqyah & Keith Foo?
Home > Gaya Hidup > Legasi Cinta Siti Saleha dalam Kilauan Tiffany & Co.

Legasi Cinta Siti Saleha dalam Kilauan Tiffany & Co.

Ada sesuatu yang berubah dalam diri Siti Saleha yakni sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun dapat dirasai dari dalam.

Ia bukan perubahan yang berlaku secara drastik, ia hadir perlahan- lahan. Dalam diam dikala dia melihat dunia dengan perspektif yang berbeza.

Seperti ibu baru yang lain, Siti Saleha juga merasai pengalaman melangkah ke fasa kehidupan baharu tanpa kepastian. Dengan keterbukaan untuk belajar membesarkan anak lelakinya, Indra Mateen Fitton, dia mula memahami bahawa menjadi seorang ibu bukan tentang tiba di satu titik akhir, malah ia adalah sebuah perjalanan dan Siti Saleha mulai berkembang dari hari ke hari.

Hari Ibu 2026: Kisah Siti Saleha yang dirakam bersama Tiffany & Co.

Dibawakan oleh Tiffany & Co., bersempena Hari Ibu 2026, kisah Siti Seleha dan anaknya dirakam oleh GLAM dengan penuh kejujuran langsung memperlihatkan sisi Saleha yang lebih lembut dan reflektif. Setiap penampilannya dilengkapkan dengan perhiasan Tiffany & Co. yang elegan, hadir secara halus untuk melengkapi emosi dalam setiap momen, dan menyatu dengan perjalanan peribadi yang dilaluinya.

Legasi Cinta Siti Saleha dalam Kilauan Tiffany & Co.

Pakaian Alia Bastamam Barang Kemas Tiffany & Co.

Dalam perjalanan menjadi seorang ibu, pemahamannya tentang kekuatan juga turut berubah. Jika dahulu kekuatan dilihat sebagai sesuatu yang perlu dibina dan dibuktikan, kini ia hadir dalam bentuk yang lebih senyap namun lebih mendalam.

“Kekuatan itu kini wujud dalam kehadiran dan kesabaran. Keputusan untuk memperlahankan masa dan benar-benar hadir dalam setiap detik bersama yang tersayang,” kata Siti Saleha.

Hubungannya dengan Indra digambarkan melalui momen sempurna, melalui detik-detik sebenar memeluk anaknya, memerhatinya, memahami setiap perubahan kecil. Ada rasa ingin tahu dalam setiap pandangannya, seolah-olah dia sedang mengenali anaknya, dan pada masa yang sama, mengenali dirinya sendiri. Di sinilah perubahan sebenar berlaku.

Tanpa disedari, Indra bukan sahaja dibesarkan olehnya malah turut membentuk dirinya yang baru. Kesabarannya menjadi lebih mendalam. Keutamaannya berubah secara semula jadi. Pada Siti Saleha, masa adalah untuk dihayati, ia tidak lagi dilihat sebagai sesuatu untuk diurus.

Kisah Siti Saleha ini melihat keibuan sebagai satu ruang. Ruang untuk berkembang, berubah dan untuk membina makna baru dalam kehidupan.

Legasi-Cinta-Siti-Saleha-dalam-Kilauan-Tiffany-Co.

Pakaian Alia Bastamam Barang Kemas Tiffany & Co.

Visual yang dipersembahkan turut mencerminkan pendekatan yang tenang, intim, dan jujur. Hanya momen-momen kecil yang sarat dengan emosi. Perhiasan Tiffany & Co. yang digayakan menjadi sebahagian daripada naratif lembut, elegan, dan penuh makna mengiringi setiap perubahan yang dilalui.

“Kerana apa yang kita bakal tinggalkan tidak bermula suatu hari nanti… ia bermula sekarang, dalam cara kita mencintai setiap hari.”

Tiada penamat yang mutlak, hanya satu kesedaran yang hadir secara perlahan namun jelas bahawa legasi tidak menunggu masa hadapan. Ia sedang terbina dalam setiap detik yang dilalui, dalam setiap pelukan, dalam setiap pilihan kecil, dan dalam diri yang sedang berkembang.

Dalam membesarkan Indra, Siti Saleha juga sedang membentuk sebuah kehidupan baharu dan dalam masa yang sama turut menemui versi dirinya yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.

Tonton video penuh di kesemua platform media sosial GLAM Malaysia Mei 2026 ini.

Pengarah Kreatif, Nisa’ Halid Pengarah Seni Kanan, Khai Ramli Pengarah Visual, Syafiq Sazaly Penolong Pengarah Visual, Zakwan Taufiq Juruvideo, Uzair Hanafi Fotografi, Lily Alissa Penyelaras Pakaian Tiffany Tan Solekan, Ezad Ibrahim Dandanan Rambut, Bibian Leong Lokasi, EQ Hotel KL Pelatih Amali, Nur Afiqah, Nurul Athirah & Nurul Izzati

Artikel Berkaitan: Hari Ibu 2026: Legasi Yang Diteruskan Siti Saleha & Jane Chuck