Kanye West Hilang Status Bilionair Sekelip Mata
5 Pasangan Selebriti Ini Nekad Menyelamatkan Rumah Tangga Daripada Hancur
Apakah Makna Baharu Kepada ‘Keselamatan’ Dalam Dunia Automotif?
15 Foto Majlis Berinai Rajwa Al Saif, Bakal Permaisuri Jordan
Raja Ilya Berkongsi Foto & Nama Pilihan Indah Buat Puteri Sulung
Home > Gaya Hidup > Adele Dedah Kebenaran Mengenai Perkahwinan Rahsia Bersama Paul Rich

Adele Dedah Kebenaran Mengenai Perkahwinan Rahsia Bersama Paul Rich

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Setahun menyulam cinta, Adele kini dilihat lebih terbuka berkongsi kisah percintaannya kepada umum.

Dalam temu bual eksklusif bersama Elle baru-baru ini, Adele meluahkan rasa cintanya terhadap teman lelaki, Rich Paul dan rancangan masa hadapan mereka. “Saya tidak pernah merasai cinta seperti ini. Saya obses dengannya,” ujarnya. Penyanyi dan ejen sukan bertaraf jutawan itu berkenalan di sebuah parti beberapa tahun lalu sebelum mendedahkan percintaan mereka kepada peminat pada musim panas 2021. Selepas membuat penampilan pertama sebagai pasangan kekasih di perlawanan pusingan akhir NBA pada Julai tahun lalu, mereka sering muncul bersama di beberapa lagi perlawanan bola keranjang, acara selebriti di seluruh dunia, malah di Instagram Adele sendiri.
Adele

Foto: Getty Images

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse