Loading media...

Unable to load content
Lily James Wajah My Burberry Black
Tip Solekan Lebaran
Johnny Depp Kembali Sebagai Wajah Dior Sauvage Cologne
GLAM Kongsi Trend Cantik di TikTok Minggu Ini
Guerlain Menampilkan Angelina Jolie Dalam Kempen Wangian Mereka
Home > Cantik > Angelina Jolie Merupakan Muka Baru Wangian Guerlain

Angelina Jolie Merupakan Muka Baru Wangian Guerlain

Walaupun masih dalam proses penceraian, Angelina Jolie tidak membenarkan perkara itu menghalang kerjayanya. Guerlain mengumumkan bahawa Angelina Jolie telah dipilih sebagai muka baru untuk wangian wanita terbaru mereka, Mon Guerlain.

 


 

Angelina Jolie yang merupakan seorang dermawan dan Duta Khas untuk Agensi Pelarian PBB akan mendermakan segala hasil pendapatannya melalui kempen ini kepada badan kebajikan. Guerlain menghubungi Angelina pada Disember 2015 di Cambodia (tempat kelahiran anak sulung Angelina, Maddox) untuk membuat tawaran ini kepadanya.

 

“Kami menghasilkan wangian untuk wanita-wanita yang kami kagumi,” terang Jacques Guerlain dalam satu kenyataan. Manakala pakar wangian jenama tersebut Thierry Wasser menyatakan bahawa dia mendapat inspirasi daripada Angelina untuk menghasilkan wangian yang menampilkan “ciri-ciri seorang wanita”.