2 Herba Ini Petua Rambut Tumbuh Lebat
Dia Guild: Platform Fesyen Beretika Dan Karya Seni Mewah Asia Tenggara
5 Inovasi Tekstil Menuju Fesyen Mesra Alam
5 Pilihan Krim Mata Terbaik untuk Hilangkan Lingkaran Gelap
Air Sejuk Beri Lebih Kebaikan Pada Kesihatan Berbanding Mandi Air Biasa?
Home > GLAM Heart > Projek Hijau > Gaya Hidup > Barisan Selebriti Tersohor Yang Menyokong Kelestarian Alam Sekitar

Barisan Selebriti Tersohor Yang Menyokong Kelestarian Alam Sekitar

Dunia hari ini berdepan pelbagai cabaran yang berpunca daripada krisis iklim, pencemaran plastik, penebangan hutan dan sebagainya. Demi generasi akan datang, usaha lebih diperlukan untuk memelihara, memulihara dan melindungi alam sekitar yang semakin dihimpit bencana dan kemerosotan dek kerakusan manusia.

Seperti yang dikongsi aktivis muda, Greta Thunberg pada 2021: “Apabila seseorang mula melakukan sesuatu perkara yang mempunyai efek snowball, ia akan membuka minda orang sekeliling dan bercambah dari semasa ke semasa.” Dan semestinya jika ‘seseorang’ itu berstatus selebriti, efek snowball akan menjadi lebih berkesan.

Glam senaraikan barisan selebriti Hollywood yang komited menyokong budaya memampanan alam sekitar menggunakan pengaruh mereka.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Leonardo DiCaprio

Menubuhkan yayasan eponimnya pada tahun 1998, Leonardo DiCaprio menyatakan dia berdedikasi untuk membantu “memulihkan keseimbangan kepada ekosistem yang terancam, sekali gus memastikan kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang semua penduduk Bumi.” Sejak memulakan Leonardo DiCaprio Foundation, aktor terkenal itu telah dilantik sebagai wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perubahan iklim. Dia juga telah menyumbang berjuta-juta dolar kepada pelbagai kumpulan aktivis alam sekitar demi mencapai tujuan ini.
alam sekitar

Foto: Getty Images

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse