Related Stories
Barisan Selebriti Tersohor Yang Menyokong Kelestarian Alam Sekitar
Dunia hari ini berdepan pelbagai cabaran yang berpunca daripada krisis iklim, pencemaran plastik, penebangan hutan dan sebagainya. Demi generasi akan datang, usaha lebih diperlukan untuk memelihara, memulihara dan melindungi alam sekitar yang semakin dihimpit bencana dan kemerosotan dek kerakusan manusia.
Seperti yang dikongsi aktivis muda, Greta Thunberg pada 2021: “Apabila seseorang mula melakukan sesuatu perkara yang mempunyai efek snowball, ia akan membuka minda orang sekeliling dan bercambah dari semasa ke semasa.” Dan semestinya jika ‘seseorang’ itu berstatus selebriti, efek snowball akan menjadi lebih berkesan.
Glam senaraikan barisan selebriti Hollywood yang komited menyokong budaya memampanan alam sekitar menggunakan pengaruh mereka.
Ian Somerhalder
Sama seperti Leonardo DiCaprio, Ian Somerhalder menubuhkan yayasan bukan untung pada 2010 yang memberi tumpuan pada pemuliharaan alam sekitar. Ian Somerhalder Foundation membantu membiayai pembangunan tenaga hijau sambil meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim. Pada 2014, dia dilantik sebagai Duta Muhibah Program Alam Sekitar PBB.
Foto: Getty Images
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
