Billie Eilish Dedah Kehidupan Peribadi Dalam Dokumentari The World’s A Little Blurry
Penyanyi pop, Billie Eilish akhirnya memberi peluang kepada peminat untuk menyelami kehidupan peribadi dan kerjayanya.
Menerusi ciapan di Twitter, AppleTV memuat naik satu klip Billie sedang tersenyum dan mengumumkan kolaborasi bersama untuk filem dokumentari yang berkisar tentang penyanyi itu, berjudul The World’s A Little Blurry.
Ia diterbitkan oleh RJ Cutler yang terkenal dengan hasil kerjanya yang hebat seperti The War Room, The World According to Dick Cheney dan drama Nashville.
Bercerita mengenai pengalamannya merakam filem tersebut, Billie membuatkan orang ramai lebih teruja apabila mendedahkan terdapat sesuatu yang istimewa buat peminatnya.
“Ada beberapa perkara yang saya dedahkan dalam dokumentari tersebut, walaun saya tidak pernah berniat untuk berkongsinya kepada dunia sebelum ini.”
.@billieeilish on her new film, “There are certain things in the doc that I never planned on sharing with the world.” Billie Eilish: The World’s A Little Blurry, a film by R.J. Cutler, coming February 26 to theaters and Apple TV+ #TheWorldsALittleBlurry https://t.co/rgRn9asr4U pic.twitter.com/3Ilq4FerA6
— Apple TV (@AppleTV) February 18, 2021See Also
GBC Love Wellness: Aqua Fitness Workouts Bakar Kalori Cara Fun!
Kompilasi Wajah Hadapan GLAM 2025, Kenali Barisan Cover Stars
5 Fakta Tentang Puteri Pahang, YAM Tengku Puteri Afzan Aminah
Platform E-Dagang Gubahan Bunga Dan Gifting 50GRAM
Datin X: Tinggalkan Dato Seri Gara-Gara Mahu Bela Anak Ikan
15 Foto Majlis Berinai Rajwa Al Saif, Bakal Permaisuri Jordan![]()
Menerusi klip yang dimuat naik, Billie dilihat amat teruja dengan penghasilan dokumentari tersebut. Namun jelas terpancar rasa gementar kerana berkongsi terlalu banyak hal peribadi dengan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Walaupun Billie gemuruh, peminat-peminat nampaknya sangat gembira.
Filem dokumentari mengenai kehidupan peribadi dan kerjayanya ini akan disiarkan pada 26 Februari di pawagam antarabangsa dan AppleTV.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
