Jada Pinkett Smith & 5 Lagi Jelitawan Yang Menghidap Alopecia
Galaksi Warna BVLGARI COLORS Di Korea Selatan
Jelajah Grand Prix d’Horlogerie de Genève (GPHG) oleh The Hour Glass Tiba di Malaysia
Ini 8 Kereta Api Mewah Untuk Menikmati Keindahan Benua Asia
GLAM FIRST: Galaxy S21+ Janjikan Gaya Lebih Epik!
Home > Gaya Hidup > Buffet Ramadan Terbaik Sekitar Lembah Klang 2026 Untuk Pengalaman Berbuka Paling Eksklusif

Buffet Ramadan Terbaik Sekitar Lembah Klang 2026 Untuk Pengalaman Berbuka Paling Eksklusif

Bulan Ramadan sentiasa menjadi detik yang paling dinanti untuk kembali berkumpul bersama keluarga dan sahabat tersayang. Selain memperbanyakkan ibadah dan muhasabah diri, tradisi menikmati buffet Ramadan di hotel-hotel mewah sekitar ibu kota terus menjadi pilihan utama. Ia bukan sekadar kerana variasi hidangan yang melimpah, tetapi juga suasana eksklusif dan pengalaman gastronomi yang menjadikan momen berbuka itu lebih bermakna.

Jika anda sedang mencari buffet Ramadan terbaik di sekitar Lembah Klang tahun ini, GLAM himpunkan pilihan eksklusif yang menampilkan gabungan masakan tradisional, sentuhan Timur Tengah, serta interpretasi moden Asia Tenggara.

1. Hilton Petaling Jaya – “Citarasa Nusantara ke Timur Tengah” di Paya Serai

buffet ramadan

Hilton Petaling Jaya mengundang tetamu untuk meraikan kebersamaan menerusi tema “Citarasa Nusantara ke Timur Tengah”. Bufet ini menggabungkan hidangan Malaysia klasik dengan elemen Timur Tengah yang autentik.

Tarikh:

  • 19-22 Februari & 19-20 Mac 2026 (harga istimewa)
  • 23 Februari – 18 Mac 2026 (tempoh puncak)

Harga:

  • RM178 nett (dewasa) | RM89 nett (kanak-kanak) – 19 – 22 Feb & 19 – 20 Mac

  • RM228 nett (dewasa) | RM114 nett (kanak-kanak) – 23 Feb – 18 Mac

Early Bird: Diskaun 20% melalui SevenRooms (deposit 50%, terhad 200 tetamu setiap tarikh)
Ahli Hilton Honors menikmati 10% penjimatan.

Menu Highlight:
Iskender Kebab, Chicken Shawarma, Lamb Shish Kebab, Kambing Madu Guling, BBQ Short Rib dengan sos dendeng, Mee Rebus Udang Galah, Sup Tulang Kambing, pelbagai Baklava dan Dondurma. Durian segar turut dihidangkan bermula 8.30 malam.

Alamat: Paya Serai, Hilton Petaling Jaya, No. 2 Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya
Tempahan: Semak melalui SevenRooms / hubungi hotel secara terus
Nota istimewa: Perbelanjaan minimum RM600 dalam satu resit layak menyertai cabutan bertuah penginapan 3 hari 2 malam di Hilton Kuching.

2. Element Kuala Lumpur – Tradisi Kita Dinner Buffet di TRACE Restaurant

buffet ramadan

Bertempat di aras 40 dengan panorama Kuala Lumpur, Element Kuala Lumpur mempersembahkan “Tradisi Kita Dinner Buffet” yang meraikan warisan kulinari Malaysia.

Tarikh: 22 Februari – 18 Mac 2026
Masa: 6.30 petang – 10.00 malam

Harga: RM198 nett (dewasa)
Early Bird: RM148 nett (tempahan sebelum 22 Februari 2026)
Diskaun 20% untuk ahli Marriott Bonvoy & pemegang kad bank terpilih.

Menu Highlight:
Gulai Daging Rias Pisang (5 jam), Udang Goreng Mentega Telur Masin, Tohu Sumbat Bakar, Sup Tiga Sekawan, Herb-Crusted Black Angus Striploin, Roasted Lamb Mandi Rice, Onde-Onde serta Air Balang dengan enam pilihan minuman tempatan.

Alamat: TRACE Restaurant, Level 40, Element Kuala Lumpur, Ilham Tower, No. 8 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2771 3351
Tempahan: sevenrooms.com

3. W Kuala Lumpur – Bazaar Senja di FLOCK

buffet ramadan

W Kuala Lumpur mempersembahkan Bazaar Senja, pengalaman berbuka yang lebih kurasi dan mewah, dengan gabungan rasa Asia Tenggara dan teknik grill Pan-Asia moden.

Tarikh: 21 Februari – 20 Mac 2026
Harga: MYR288+ (dewasa) | MYR144+ (kanak-kanak)
Early Bird: Diskaun 30% untuk tempahan sehingga 23 Januari 2026

Menu Highlight:
Singapore Chilli Lobster, Grilled Crying Tiger Wagyu dengan Nam Jim Jaew, Lobster Roti John, Wagyu Karubi Rice Noodles, Assam Pedas Ikan Merah, Masak Lemak Udang Harimau, serta Matcha Cream Mango Sticky Rice.

Pilihan eksklusif seperti Senja Intima (dari MYR208+ seorang) dan pakej Evening Whisper Getaway dari MYR1,290+ semalam turut tersedia.

Alamat: FLOCK, W Kuala Lumpur, 121 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Telefon: +603 2786 8888
WhatsApp Tempahan: +6012-347 9088

Daripada sajian tradisional kampung hingga interpretasi mewah Asia moden, pilihan buffet Ramadan di sekitar Lembah Klang tahun ini menjanjikan pengalaman gastronomi yang pelbagai dan berkelas. Sama ada anda merancang iftar korporat, majlis keluarga besar atau makan malam intim, tempah lebih awal untuk menikmati harga early bird dan tawaran eksklusif.

Ramadan bukan sekadar tentang juadah ia tentang kebersamaan, memori dan rasa syukur yang dikongsi di meja yang sama.

Artikel berkaitan: 7 Kebaikan Kecil Boleh Dilakukan Sepanjang Ramadan