fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Rahsia Awet Muda: Dr. Alice Prethima Michael
5 Tip Kulit Sihat
Diari Cantik Bersama Angel
Bermadu Kasih Bersama Jo Malone London
KKW Beauty Mengumumkan Rangkaian Produk Pertama Mereka

4 Destinasi Percutian Dan Produk Kecantikan Wajib Dibawa

Anda merancang percutian lebih awal tetapi tiba waktu mengisi bagasi, anda jadi buntu bab memilih produk kecantikan sesuai.

 

Usai menyusun baju, seluar atau skirt dan beberapa gaun, tiba waktunya memilih alat solek atau produk penjagaan kulit paling sesuai dengan destinasi percutian pilihan anda. Semestinya anda mahu kelihatan paling menawan dengan penampilan sesuai.

 

Penting sekali wajah anda berseri-seri ketika melangkah keluar resort percutian tropika. Bagi anda memilih percutian musim sejuk, kulit anda masih lembap dan segar sepanjang hari. Lebih penting anda kelihatan paling glam di dalam pelayaran atau paling seksi di parti saat staycation.

 

Saat-saat akhir anda buntu mencari beberapa lagi kelengkapan lantas sempat singgah di Sephora yang menawarkan bermacam produk antarabangsa seperti Becca, Tarte, Too Faced, Saturday Skin, Sephora Collection sendiri dan banyak lagi. Pasti ada yang sesuai buat percutian hujung tahun anda.

3 of 4

Pelayaran Glam

Walaupun sepanjang hari berada di dalam kapal, anda ibarat belayar merentas lautan luas dan terdedah dengan sinar UV. Namun alat solek perlu dibawa semestinya untuk gaya ringkas saat berjemur di kolam atau ketika singgah di beberapa destinasi. Pastinya anda juga mahu lebih glam untuk aktiviti malam di dalam kapal. Bagi si single mana tahu bertemu seseorang dalam musim percutian pelayaran ini.

Once Upon a Palette, Sephora

Macaron Glow Collection, Becca

Cicapair, Dr. Jart

Cream Lip Stain Collection, Sephora

3 of 4

Pelayaran Glam