5 Tip Atasi Masalah Kuku Kering Dan Rapuh
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioTengok kuku kawan cantik macam model, tengok kuku sendiri.. aduh, stressnya! 5 tip atasi masalah kuku kering dan rapuh.

Baru-baru ini saya singgahlah ke salon kecantikan untuk sesi manicure dan pedicure. Setiap kali saya berkunjung, pasti beautician akan bising, “Kenapa you tak jaga kuku, tak letak minyak kutikel?.” Atau ayatnya berbunyi begini, “ Buruknya kuku you, terlalu kering dan rapuh.” Rasa macam nak marah, bising pula! Tetapi saya tidak salahkan my beautician kerana, salah sendiri sebab tidak ada masa untuk letak losyen atau minyak tangan. Terkejar-kejar buat kerja sehingga perkara kecil terlepas.
Mungkin ada yang senasib macam saya? Kerana masalah kuku ini bukan satu perkara baharu kerana ada yang terlupa atau kurang peka akan keberadaannya. Jika dihindar, akan memberi kesan terhadap kesihatan and jika tidak dirawat. Kuku juga sama seperti kulit muka boleh hilang kelembapan dan mulalah wujug masalah kuku rapuh dan kering.
Makanan Zat Besi Tinggi
Punca kuku kering dan rapuh ini adalah disebabkan kurangnya zat besi atau anemia. Zat besi membantu dalam pembentukan hemoglobin dan memberi oksigen yang cukup. Seeloknya anda perlu makan makanan seperti bayam, dark chocolate, tiram dan kacang putih.
Kurangkan Masa Bersentuhan Dengan Skrin Sentuh Telefon Pintar
Zaman digital ini memaksa kita untuk berhadapan atau bersentuhan dengan skrin atau papan kekunci sekerap yang mungkin! Dan ini salah satu punca mengapa kuku anda semakin teruk. Oleh itu, anda perlu sentiasa trim kuku dan biarkan hujung putih.
Beli Minyak Kutikel Kuku
Pilih produk kutikel yang mengandung ramuan semula jadi seperti Neonyca, vitamin E. Neonyca adalah bahan khas yang mengatasi masalah kuku rapuh dan kering dan mempercepatkan pertumbuhan kuku terbantut.
Kerap Sapu Losyen Tangan!
Anda mesti menyapu sekali sekala, paling rajin di pagi hari dan malam sebelum tidur! Tahukah sekerap yang mungkin perlu anda sapu losyen terutama selepas basuh tangan. Kalau tak nak melekit, pilih losyen yang cepat menyerap dan melindungi kulit dari kesan perubahan cuaca.
Semak Tarikh Luput Nail Polish Remover
Alat pengilap kuku bukanlah tonik kesihatan untuk kuku.Kandungan asetil di dalam boleh menghilangkan minyak semula jadi kuku, sudahnya kuku semakin kering.
Artikal berkaitan 5 Inspirasi Kuku Cantik Boleh Anda Gayakan Bulan Ini
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
