CHANEL Dan Les 4 Ombres Boutons Koleksi Paling Mewah
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioDalam edisi terhad untuk koleksi musim luruh 2025, CHANEL memperkenalkan palet mata Les 4 Ombres Boutons yang menyerlahkan simbolik butang ikonik CHANEL.

Palet Les 4 Ombres Boutons yang memikat hati ini membariskan rona-roni terang yang membangkitkan setiap mood, janji anda memilih butang yang tepat dengan personaliti anda. Dalam edisi terhad ini, ikon palet Les 4 Ombres kini tampil dengan sentuhan butang-butang simbolik rumah fesyen paling prestij dunia. Setiap sapuan warna bagaikan signature eksklusif yang memberikan mata terserlah bab permata yang memukau.

Edisi baharu cetus obsesi baharu! Simbolik butang-butang ini sarat dengan pigmen yang chic dan playful. Di CHANEL, warna itu lambang kepada mood seseorang. Sejak diperkenalkan pada 1982, Les 4 Ombres ini punya desain yang sama iaitu empat warna pembayang mata dalam bentuk bulat. Namun, musim ini ia diberi nama baharu iaitu Les 4 Ombres Boutons. “Buttons are very important. Seek out and find charming little buttons,” kata Gabrielle CHANEL.

Di rumah CHANEL, butang itu bukan sekadar aksesori yang dijahit pada busana, disebaliknya ia adalah penceritaan dan gaya seseorang. Les 4 Ombres Boutons dicipta untuk wanita CHANEL yang punya kehendak pelbagai seperti mahukan kebebasan, anggun atau sebagainya. Di bawah penutup melengkung itu hidup empat warna, empat mood, empat cerita. Butang yang mana anda pilih untuk dipakai bersama? Mungkin anda memilih warna merah jambu muda, Taupe dan Ivory Beige, terserlah gaya Mademoiselle yang lembut atau anda ingin bertukar mood kepada Baroque, pilihlah warna yang ungu magenta terang, Orangy Gold, merah jambu lembut dan Copper Red terserlah gaya mewah. Jika anda ingin gandakan ilham Couture pilihan warna mata seperti Purple Brown, Rosy Beige, Deep Brown dan Mauvy Taupe lambang kepada gaya ikonik CHANEL. Pilihan warna untuk gemerlapan malam, mood Stellar seperti Ashy Beige, emas, Earthy Copper dan biru metalik pasti buat mata bersinar indah.

Artikel berkaitan 6 Sebab Wangian BLEU DE CHANEL L’EXCLUSIF Pilihan Lelaki Sejati
Les 4 Ombres Boutons ini manis terukir dengan motif eksklusif yang menampilkan gaya butang pelbagai mengikut pilihan warna dan inspirasi berbeza seperti Stellaire, Couture, Mademoiselle dan Baroque. Untuk melengkapi rutin solekan mata ini, tambah pula bersama maskara hitam, Inimitable.

Koleksi Les 4 Ombres Boutons kini boleh didapati di setiap butik kecantikan CHANEL Beauty atau layari laman rasmi CHANEL
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
