fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Lea Seydoux Bintangi Kempen Wangian Pertama Louis Vuitton
Panduan Penjagaan Kulit Pada Bahagian Intim Wanita
Seperti Terbuai Mimpi Wangian Baharu Tory Burch
Siapakah Wajah Terbaharu Pat McGrath?
Kenali Jerawat Dagu Dan Tip Merawatnya
Home > Cantik > Gaya Rambut Baru di Oscar

Gaya Rambut Baru di Oscar

Gaya rambut kemas didandan cantik masih menjadi pilihan di Oscar demi memenuhi tuntutan majlis rasmi. Gaya updo, ponytail dan bun antara yang sering dilihat. Namun lain bagi pelakon muda Zendaya dan Margot Robbie, masing-masing tampil dengan gaya rambut baru dan fresh, memberi rasa muda kepada acara yang sering dilihat terikat dengan gaya formal.
 
1. Zendaya
 

87th Annual Academy Awards - Arrivals Gambar: TPGVIP

 
Selepas muncul dengan potongan pixie di Anugerah Grammy yang lalu, Zendaya tampil berani dengan rambut dreadlocks. Hasilnya dia kelihatan menonjol dengan gaya bebas tersendiri. Mungkin faktor umur yang masih muda membuatkan dia tidak takut untuk bereksperimen dalam gaya.
 
2. Margot Robbie
 

Oscars 2015 - RED CARPETGambar: TPGVIP

 
Selamat tinggal rambut panjang, Margot Robbie tampil fresh dengan potongan rambut lob (long bob) yang merupakan trend hangat kini. Dipadan dengan gincu merah menyala, dia seakan bombshell zaman moden!