fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Tujuh Langkah Bagi Merias Kuku Sempurna
10 Idea Set Hadiah Penjagaan Kulit Wajib Miliki
Dyson Airstrait™ Straightener Kini Di Malaysia
Sembang Cantik: Elsa Hosk
Rahsia Kecantikan Daripada Ikon Kecantikan: Marilyn Monroe
Home > Cantik > Marion Cotillard Bintang Baharu Haruman Ikonik Chanel No. 5

Marion Cotillard Bintang Baharu Haruman Ikonik Chanel No. 5

Menyifatkan kurniaan wajahnya sebagai rupa sempurna mewakili kecantikan wanita Perancis, membuatkan bintang filem Marion Cotillard disunting menjadi wajah kempen terbaru Chanel No. 5. Dan awal bulan ini filem kempen ini mula dilancarkan dan ternyata hasil karya pengarah terkenal John Renck menjadi buah mulut penggemar haruman ikonik itu. 

Apa yang mahu ditonjolkan dalam kempen terbaru ini? Menurut Renck, dia mahu mengetengahkan kisah seorang wanita misteri yang sedang asyik dilamun cinta, lantas dia mencipta mood kosong, tidak terlalu banyak dekorasi atau props, cukup sekadar suasana hening malam Paris yang dipancari cahaya bulan. Marion berimaginasi dia menari-nari dengan buah hatinya di bulan. Mungkin pepatah Melayu ‘bagaikan pungguk rindukan bulan’ menjadi buah ilham Renck untuk iklan Chanel ini. Di dalam kempen baru ini, data kita saksikan Marion menari-nari dengan ‘buah hatinya’ di bulan. 

Apa lagi yang menarik tentang iklan ini? Tentulah gaun renda keemasan yang membaluti tubuh Marion. Gaun itu dipilih sendiri oleh pengarah kreatif Chanel, Virginie Viard. Solekan untuk Marion pula disempurnakan Lucia Pica, pengarah mekap dan warna global Chanel.