Detoks tidak semestinya lewat pemakanan sahaja. Tambah rutin kecantikan dengan pilihan produk detoks buat kulit anda. Rata-rata wanita meninggalkan rumah dengan memakai lebih daripada satu produk kecantikan pada wajah. Setiap satu produk kecantikan ini mengandungi bahan kimia yang meresap ke dalam kulit. Bahan kimia yang mengandungi toksik ini akan menghalang bakteria detokifikasi lalu menghalang proses pembuangan racun dalam tubuh badan kita. Selain daripada mengamalkan minuman detoks, langkah tambahan melalui penjagaan kulit menggunakan produk-produk kecantikan kini turut diberi perhatian perihal betapa pentingnya isu detoksifikasi ini.Produk organik juga mempunyai bahan-bahan natural yang boleh dijadikan sebagai bahan detoks buat kulit wajah. Sumber botani juga tumbuhan yang tidak diinjek bahan kimia ke dalamnya mampu memberi manfaat kepada kulit agar kulit bernafas dengan lebih sempurna.
Bahan kandungan yang harus dihindar
Paraben
Ia dianggap sebagai pengganggu kelancaran hormon dan menyamar sebagai sel estrogen palsu.
Fragrance
Ramai yang tidak tahu apakah sebenar disebalik makna “fragrance” di dalam intisari bahan kandungan yang tertera pada botol kecantikan. Ia adalah adunan para proprietari yang menyembunyikan bahan-bahan bahaya buat kulit.
Langkah detoksifikasi
Less is more! Seelok-eloknya jangan gunakan banyak jenis produk pada suatu masa. Atau juga tidak perlu bersolek tebal pada siang hari kerana kulit bukan sahaja terdedah kepada sinar matahari malah solekan ini mampu membuat liang-liang pori tersumbat.
Mulakan rutin harian dengan memberus badan setiap kali mandi. Ini kerana, ia boleh membantu memulihkan sirkulasi serta merangsang sistem limfa dalam tubuh untuk membuang segala toksin dalam badan.
Eat balanced diet! Sudah tentu anda harus tinggalkan amalan pengambilan gula serta makanan yang diproses, karbohidrat serta daging merah. Dan bukan sahaja badan anda bebas toksin, malah ia menjadikan tubuh lebih bertenaga.
Senaman itu penting Ia membantu membakar kalori dalam badan serta menghancurkan sel-sel serta lemak degil dalam tubuh yang hanya akan membahayakan diri.
Gunakan produk penjagaan diri berunsurkan organik Tiada sebarang bahan kimia yang mampu memberi manfaat jangka panjang. Ia lama kelamaan akan mula mencederakan kulit wajah dan membuat kulit menjadi kering.
[soliloquy id="50119"]
[soliloquy slug="diari-detoks"]
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

