4 Gaya Solekan Sofea Shra Pilihan GLAM
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioSofea Shra antara pempengaruh digital yang dipuja-puji kecantikannya. Sofea juga dilihat cukup bijak menjaga kecantikan dan penampilannya. Tidak putus untuk memberi inspirasi di Tiktok mahupun Instagram, ramai penggemar fesyen dan kecantikkan mengikuti segala tips yang dikongsi olehnya.
Satu yang orang suka tentang Sofea adalah solekannya yang flawless dan kreatif. Dia suka beri gaya yang minimal, mungkin itu juga selera generasi kini. Dan lagi satu, kami rasa solekan Sofea boleh diajdikan rujukan untuk orang Malaysia, khususnya orang Melayu yang tidak terlalu cerah atau terlalu gelap.
Berikut Ialah 4 Gaya Solekan Sofea Shra Pilihan GLAM
1. Solekan Nude
Ini antara look yang paling menarik perhatian kami di GLAM. Cukup clean, solekan matanya yang menghasilkan pembayang mata ton warna terang dan sangat sesuai untuk setiap majlis. Memilih untuk menggayakan gincu bibir warna nude dan biasanya ton nude yang dipilih seakan punya asas warna koral yang membuatkan penampilan bibirnya tidak terlalu pucat. Perfect!
2. Solekan Soft Goth

Kami suka gaya solekan sewaktu Sofea hadir ke parti fesyen tahunan GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party 2024 yang telah berlangsung di KLoe Hotel KL. Sofea bermain dengan pembayang mata rona ton gelap dan ton gelap yang sama itu telah disapu kemas pada bawah matanya juga.
3. Solekan Minimal

Berdasarkan pemerhatian kami, Sofea memang suka solekan yang memberi fokus pada mata dan juga di bahagian pipi. Bagi kami, solekan yang menyerlahkan kecantikan dan kesihatan kulit lebih menawan untuk generasi dan trend masa kini. Namun dalam look solekan minimal ini, masih terselit elemen ekstra. Sofea menggunakan sapuan pemerah pipi yang dapat menaikkan lagi seri wajah dan tampak lebih dimensi.
4. Solekan Ekstra

Kali ini Sofea memilih satu gaya yang agak bold dengan bermain pembayang mata berwarna biru. Dia beratkan lagi solekannya ini dengan penggaris mata berekor dan menggunakan eyeliner berwarna hitam untuk melukis bintang di bahagian hujung mata.
Artikel berkaitan: 5 Gaya Cantik Azira Shafinaz Yang Menjadi Pilihan GLAM
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

