fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
10 Tip Kembara Cantik
Kecapi 7 Keajaiban Kulit Dengan THE FACE SHOP The Therapy First Serum
9 Gaya Rambut & Solekan Terbaik Selebriti di VMA 2023
Hailey Bieber Kembalikan Trend Bibir dan Kulit Berkaca di 2025?

6 Rambut Selebriti Tempatan Pilihan GLAM Sesuai Untuk Hari Raya

Ramai yang sibuk mencari baju, beg tangan, selendang dan kasut untuk tampil cantik di pagi Raya. Namun, kami di sini sibuk mencari inspirasi rambut selebriti tempatan untuk kami cedok buat look di pagi Raya nanti. Anda pula bagaimana? 

Raya bakal menjelang tidak kurang dari seminggu lagi. Bagaimana dengan persiapan anda? Mungkin sudah 70 peratus siap, kini tinggal hendak mengemas rumah dan melengkapkan menu makan raya sahaja, bukan? Namun, sudahkah anda memikirkan look kecantikan bagaimana yang menjadi pilihan anda untuk digayakan pagi raya nanti?

Kali ini, kami ingin memberikan fokus pada gaya rambut pilihan. Kami mengimpikan sesuatu yang glamor dan tidak keterlaluan untuk acara sebegini. Ini kerana, busana yang digayakan juga sudahpun cukup memukau, jadi solekan dan rambut yang effortless namun masih tampil glamor dan mewah adalah pilihan yang paling tepat sekali. Buat anda yang masih buntu, GLAM bantu anda kongsi 6 gaya rambut selebriti tempatan untuk anda cedok gaya mereka buat look Hari Raya anda nanti!

6 Rambut Selebriti Tempatan Pilihan GLAM

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

#3 Si Manis Shaza Bae

Tampil manis dengan mengikat ponytail rendah seperti Shaza Bae. Namun bukan ponytail biasa-biasa ya. Apa kata anda cedok inspirasi rambut selebriti ini dengan menggayakan hujung ponytail anda dengan penggulung jenis besar. Lebih manis, jika anda punya bangs yang panjang melepas dahi kemudian disisir rapi ke tepi.

Gambar: Instagram Shaza Bae

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse