Raya Beauty Recap: Gaya & Solekan Selebriti Yang Mencuri Perhatian
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioSetiap kali Aidilfitri tiba, bukan sahaja busana yang menjadi tumpuan, malah gaya kecantikan selebriti tempatan turut mencuri perhatian. Tahun ini, pendekatan solekan dilihat lebih segar, moden dan effortless, dengan fokus pada kulit yang sihat, rona semula jadi serta sentuhan warna yang menyerlahkan personaliti masing-masing.
Daripada warm tones yang menaikkan seri wajah hingga pilihan warna lembut yang manis, berikut antara gaya selebriti yang paling menonjol sepanjang musim Raya ini.
Azira Shafinaz

Azirah tampil dengan solekan bernuansa hangat yang cukup menyerlahkan kecantikan semula jadinya. Pilihan bibir nude yang lembut dipadankan dengan blush berona earthy memberi keseimbangan yang sempurna pada wajah.
Keseluruhan look ini tidak berlebihan, tetapi cukup untuk menaikkan seri wajah, menjadikannya antara gaya paling effortless namun tetap memikat untuk Hari Raya.
Amelia Henderson

Penampilan Amelia Henderson pula mencuri perhatian dengan padanan rona yang playful tetapi masih elegan. Busana berinspirasikan strawberry matcha digandingkan dengan bibir merah jambu kemerahan serta blush pink yang memberi efek segar pada wajah.
Solekannya ringkas, tetapi cukup untuk menyerlahkan features wajah secara natural. Hasilnya, satu gaya yang nampak youthful dan sangat sesuai untuk suasana Raya yang ceria.
Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah memilih solekan yang lebih defined, dengan fokus pada kontur yang membentuk struktur wajah secara halus. Sentuhan bronzy memberi kehangatan pada keseluruhan look, manakala bibir nude memastikan keseimbangan agar wajah tidak kelihatan terlalu garang di pagi Syawal.
Dipadankan dengan baju kurung rona maroon, gaya ini terasa klasik dengan sedikit sentuhan moden yang elegan.
Elvina Mohamad
Elvina Mohamad tampil manis dalam baju kurung biru cair, dipadankan dengan solekan yang lembut dan feminin. Kulit tampak flawless dengan kemasan halus, manakala rona pipi dan bibir yang lembut memberikan efek segar dan berseri.
Gaya ini memberi fokus pada kecantikan yang ringan dan natural, mencipta penampilan yang lembut, manis dan sangat sesuai untuk suasana Aidilfitri.
Scha Al Yahya

Ikon kecantikan, Scha Al Yahya, sentiasa dinantikan penampilannya menjelang Aidilfitri. Tidak pernah mengecewakan, kali ini Scha tampil dengan gaya rambut half-up half-down dengan curl lembut di hujung, menyerlahkan sisi femininnya.
Solekan yang dipilih kekal minimalis namun tepat, ditambah dengan solekan garis mata cat eye memberikan definisi pada mata, sementara rona semula jadi pada wajah mengekalkan kesegaran dan kelembutan. Gaya ini menonjolkan keseimbangan antara keanggunan klasik dan kesederhanaan kontemporari.
Artikel berkaitan: Ini 7 Bedak Cushion Untuk Solekan Yang Mudah Dan Berseri
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
