Rutin Sihat Ramadan: Bagaimana Pilates & Yoga Menenangkan Minda Serta Menguatkan Tubuh
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioBulan Ramadan sering dikaitkan dengan refleksi diri, ibadah dan detoksifikasi minda serta tubuh. Namun, berpuasa tidak bermakna anda perlu menghentikan rutin kecergasan sepenuhnya. Sebenarnya, senaman ringan seperti pilates dan yoga bukan sahaja sesuai, malah membantu mengekalkan tenaga, fleksibiliti dan kesejahteraan sepanjang hari.
Mengapa Pilates dan Yoga?
Kedua-dua latihan ini menumpukan pada pergerakan perlahan, kawalan pernafasan dan kestabilan core, menjadikannya sesuai untuk tubuh yang sedang berpuasa. Pilates meningkatkan kekuatan otot dan postur, manakala yoga membantu melegakan tekanan, meningkatkan peredaran darah serta menenangkan minda.
Tidak perlu sesi panjang, hanya 20–40 minit sebelum sahur atau selepas berbuka sudah memadai.
Tip Praktikal Untuk Senaman Selamat
-
Pilih waktu yang sesuai: Waktu terbaik adalah selepas berbuka, apabila tubuh telah diisi dengan cecair dan nutrien. Jika anda ingin bersenam sebelum sahur, pastikan intensiti ringan untuk mengelakkan dehidrasi.
-
Fokus pada pernafasan: Yoga dan pilates menekankan kawalan pernafasan. Teknik pernafasan yang betul bukan sahaja menenangkan minda, tetapi juga meningkatkan pengaliran oksigen ke seluruh badan.
-
Gunakan peralatan minimum: Tikar yoga sudah memadai, pilates juga boleh dilakukan tanpa alat berat. Tambahan kecil seperti band elastik atau bola senaman boleh dijadikan pilihan.
-
Dengar tubuh anda: Tubuh yang sedang berpuasa memerlukan perhatian khusus. Sekiranya terasa pening atau tidak larat, hentikan latihan dan rehat. Keselesaan adalah keutamaan.
Sorotan Lain
Panduan Video Untuk Yoga & Pilates Di Rumah
- Yoga With Adriene – Yoga untuk beginners (20+ minit) klik di SINI.
- Yoga With Adriene – Sesi ringkas untuk beginners klik di SINI.
- Sarah Beth Yoga – 15 minit Yoga klik di SINI.
- Boho Beautiful Yoga – Morning Yoga Flow klik di SINI.
- Lottie Murphy – Pilates Reset klik di SINI.
- Pilates with Emma – Pilates for Core & Full Body klik di SINI.
Manfaat Jangka Panjang

Mengamalkan senaman ringan sepanjang Ramadan membantu mengekalkan metabolisma, memperbaiki postur dan meningkatkan mood. Tubuh juga menjadi lebih bertenaga untuk menghadapi aktiviti harian dan beribadah tanpa rasa letih melampau. Selain itu, latihan minda dan tubuh ini memberi ruang untuk refleksi diri yang lebih mendalam, sesuai dengan semangat Ramadan yang menekankan keseimbangan antara fizikal dan rohani.
Dengan pendekatan yang bijak dan konsisten, bulan puasa bukanlah halangan untuk kekal aktif. Pilates dan yoga bukan sahaja menyegarkan tubuh dan menenangkan jiwa, malah membantu memperbaiki postur, bonus tambahan untuk Raya nanti, supaya anda lebih yakin dan cantik ketika bergambar bersama keluarga dan yang tersayang.
Artikel berkaitan: Kenapa Senaman Kaki Penting Untuk Kesihatan Otak?
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
