Suasana Sensual Di Ruang Coach Fragrance
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioBarisan kesegaran wangian Coach Fragrance melewati seisi ruang khas di malam GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party.

Coach merupakan jenama mewah dengan reputasi ketukangan yang berkualiti. Ditakrifkan oleh semangat bebas dan bervisi moden. Antara barisan wangian yang menjadi pilihan pada malam itu seperti Coach Dreams Eau de Parfum, Wild Rose Eau de Parfum, Platinum Eau de Parfum, Floral Eau de Parfum.
Malam yang penuh istimewa buat GLAM dan GLAM Lelaki yang bertemakan The Great Outdoor menggamit suasana. Ruang istimewa ini berlatarbelakangkan visual seperti taman bunga menarik perhatian tetamu yang hadir. Ruang ini bersifat peribadi dan punya elemen kebebasan. Bebas memilih wangian pilihan yang melambangkan personaliti diri.

Ruang ini bersifat peribadi dan punya elemen kebebasan
Setiap barisan wangian yang dipamerkan punya kisah tersendiri dan tidak hairanlah mengapa setiap wangian ini menjadi pilihan wanita generasi masa kini. Coach Wild Rose wangian untuk wanita ini diilhamkan dengan pemandangan indah laman bunga liar yang bersemangat bebas. Wajah kempennya turut menampilkan model Lexi Boling terlihat cantik di kelilingi rumput bunga liar pada waktu petang yang diterangi sinar matahari. Kempen ini ditangkap oleh kolaborator Coach, Steven Meisel. Coach Wild Rose mewah dengan aroma yang lembut tetapi berani. Nota atas membuka kepada aroma redcurrant dan spicy bergamot. Melengkapi keseluruhan wangian, aroma segar bunga mawar halus dan jasmine sambac menghangatkan Crystal Moss kering serta Ambroxan.
Artikel Berkaitan Lima Beg COACH Dedikasi Tahun Arnab Pilihan GLAM
Wangian ini menangkap perasaan kegembiraan di malam musim panas yang romantis. Rekaan botol Coach Wild Rose menampilkan ilham burgundy ombre dan diinspirasikan oleh suasana petang musim panas yang romantik.

Lisha Ho
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
