Tips Mengoles Pembayang Mata untuk Membentuk Mata Menawan
Bentuk mata yang berlainan memerlukan aplikasi warna pembayang mata yang berbeza kerana setiap aplikasi berbeza ini akan memberikan impak berlainan mengikut bentuk mata anda. GLAM menyediakan tujuh tip mengoles pembayang mata untuk membentuk mata supaya lebih menawan juga menggariskan beberapa nasihat solekan terbaik.
Mata Dalam
Gunakan ton warna yang lebih ringan pada kelopak mata dan bayangan gelap di bahagian lipatan yang tidak ketara.
Mata Tersembul
Cara terbaik menyembunyikan bentuk mata yang tersembul adalah dengan menggunakan rona matte gelap pada kelopak mata. Warna yang ringan dan cerah bakal menarik perhatian mata anda.
Mata Berhud
Jika anda mempunyai mata berhud seperti lipatan yang tersembunyi di kelopak mata, agak sukar untuk mengolah pembayang mata. Elak memilih warna shimmery, sebaliknya cuba warna matte.
Mata Badam
Anda boleh mencuba mana-mana tip pembayang mata untuk bentuk mata jenis ini. Pemilik bentuk mata badam sememangnya dilihat memiliki mata paling sempurna.
Mata Bulat
Mata bulat cenderung untuk menjadi lebih besar dan terbuka. Jadi, anda perlu memilih warna pembayang mata medium pada kelopak untuk memanjangkan bentuk mata anda. Di sudut luar mata, mesrakan pembayang mata hingga ke kelopak mata.
Mata Kuyu
Jika sudut luar mata anda tampak seakan ke bawah, you will want to follow these eye shadow tips. Mesrakan pembayang mata sepanjang lipatan kelopak mata dari sudut luar kira-kira dua pertiga ke dalam dan alit penggaris mata di bahagian atas mata dan gulung bulu mata dengan penggulung sebelum palit maskara.
Mata Rapat
Tidak sukar untuk membuat jarak mata rapat kelihatan luas. Bias ton gelap di bahagian sudut kelopak mata atau anda juga boleh membuat mata tampil lebih galak dengan menggariskan celak.