Tiru Gaya Solekan Armani beauty Oleh Ahma Dani Dan Mimi Lana
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioUsah terpinga-pinga mencari idea solekan untuk meraikan momen istimewa. Armani beauty hadir membawakan siri tutorial solekan bersama Ahma Dani dan Mimi Lana.
Buat siri ketiga, kolaborasi istimewa antara jurusolek selebriti Ahma Dani dan aktres terkenal, Mimi Lana. Ahma Dani membawakan ilham solekan yang bertemakan The Blushing Dawn yang menggunakan barisan produk Armani ikonik.

Ilham The Blushing Dawn fokus kepada solekan kontur pipi berona merah jambu yang menyerlahkan lagi wajah kala meraikan momen istimewa. Bagi mencipta solekan ini, Ahma menggunakan 7 produk Armani ikonik dengan menggunakan campuran warna terang bagi mereka ilham The Blushing Dawn. Ahma Dani juga berkongsi teknik solekan dan aplikasi yang ringkas untuk anda ikuti.
Artikel berkaitan Ilham Solekan Elegan Armani beauty Look
Untuk mencipta wajah ikonik Armani, langkah pertama Ahma menggunakan Luminous Silk Foundation Shade 6 untuk wajah polos Mimi, bersama Fluid Sheer Glow Enhancer Shade 8. Gabungan ini memberi ilusi wajah berseri terutama kulit wanita Asia. Untuk asas bahagian mata, Ahma memilih Eye Tint Shade 30M dan diratakan sempurna.

Wajah lagi berseri bersama pilihan Luminous Silk Cheek Tint Shade 50.5 dan Shade 62. Gabungan dua warna terang ini menyerlahkan bahagian pipi dan Luminous Silk Acqua Highlighter Shade 1 melengkapi kontur wajah bersegi. Tip kecantikan Ahma Dani, jika solekan agak suram dan pudar, serlahkan bersama highlighter. Akhir sekali, bagi melengkapi gaya solekan Armani beauty yang bertemakan The Blushing Dawn, sapuan Prisma Glass Shade 06 menyerikan wajah cantik Mimi Lana.
@majalahglam Armani beauty membawakan siri tutorial solekan cantik Armani beauty look sempena meraikan momen istimewa yang bakal tiba. Tiru gaya solekan oleh Ahma Dani yang bertemakan The Blushing Dawn bersama aktres @Missmimilana dengan menggunakan barisan produk Armani ikonik. @armanibeauty #ArmaniMakeUp #Armanibeauties #Glammalaysia
Dapatkan produk ikonik Armani beauty di butik kecantikan Armani beauty berdekatan dengan anda atau layari laman rasmi Armani.
Konsep & Arahan Seni : Julia Azman | Fotografi : Edmund Lee dari Hexa Production | Videografi : Jackie Mah | Dandanan : Yusof Ruzaimi | Busana : ZARA Malaysia | Solekan : Ady Razak, Sahir Sabri & Ahma Dani
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
