fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Dua Gaya Solekan Sempena Aidilfitri Pilihan GLAM
SHISEIDO Raikan Ulang Tahun Ke-150 Menerusi Kempen “From Life Comes Beauty”
Palet Solekan Mesti Milik Ketika Ini
WANGIAN: LIBRE BERRY CRUSH, Meraikan Kebebasan
Gen Zer Emma Chamberlain Kini Duta Global Lancôme

Trend Kecantikan Pilihan Glam di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2020

Setelah beberapa musim yang lalu, trend kecantikan solekan tanpa-solekan telah menerajui dunia kecantikan seluruh dunia. Begitu juga dengan trend “red lips” sebagai salah satu penampilan klasik landasan minggu fesyen. Kini, trend kecantikan sekali lagi digegarkan oleh Minggu Fesyen New York musim bunga dengan beberapa penampilan dramatik. Sesetengah penampilan boleh dijadikan sebagai ilham dan inspirasi untuk dipakai, tetapi sebahagian besar adalah lebih untuk tontonan. Kebanyakan jurusolek profesional telah bersetuju dengan penampilan mata ala Euphoria-inspired, aplikasi penggaris mata yang kreatif, kesan pemerah pipi yang berbeza, dan banyak lagi. Glam menghimpunkan 10 trend kecantikan yang boleh dicuba pakai jika anda ingin mengubah penampilan harian kepada penampilan yang lebih berani.

10 of 10Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
  1. Pemerah Pipi Menyeluruh

Photo: Maybelline

Terdapat sesuatu yang begitu retro namun begitu moden mengenai solekan minimal. Pewarna pipi merah jambu pucat sebagai pilihan ramai boleh dikenakan dikeseluruhan wajah untuk efek “blushing” yang segar. Dapat dilihat di atas pentas peragaan Maybelline, Tadashi Shoji, dan Rebecca Minkoff.

 

10 of 10Next
Use your ← → (arrow) keys to browse