Related Stories
Home > Gaya Hidup > Senaman Kegel Bagus Untuk Ketatkan Faraj, Ini Caranya
Senaman Kegel Bagus Untuk Ketatkan Faraj, Ini Caranya
Kecantikan seorang wanita bukan sahaja dilihat pada luaran namun ia juga memerlukan kecantikan dalaman yang sihat. Kebanyakkan wanita sering mengabaikan kepentingan menjaga otot lantai pelvik mereka. Kali ini GLAM ingin berkongsi cara-cara senaman kegel untuk ketatkan faraj.
Senaman kegel adalah senaman yang melibatkan pada otot pelvis. Otot-otot ini terletak di antara pinggang kita bertujuan untuk menyokong pundi kencing, rahim, dan organ-organ di sekelilingnya. Untuk pengetahuan anda, senaman kegel juga dikenali sebagai senaman lantai pelvis atau senaman “kemut”. Senaman ini dilakukan bertujuan untuk menguatkan otot lantai pelvis.
Namun, senaman Kegel bukan sahaja untuk wanita malah untuk para lelaki juga boleh dilakukan. Ianya kerana senaman ini dikatakan mampu untuk mengetatkan faraj wanita untuk memberi kepuasan semasa hubungan intim bersama suami. Kaum lelaki juga boleh melakukan senaman ini untuk kuat dan tahan lama.
Berita baik untuk si ibu mengandung! Senaman kegel mampu membantu untuk memastikan proses kelahiran si ibu selamat dan mudah. Anda tidak perlu risau kerana senaman Kegel merupakan salah satu senaman yang paling mudah untuk dilakukan bagi ibu mengandung dan juga memberi kesan yang positif terhadap tubuh badan.
Cara-Cara Senaman Kegel Untuk Ketatkan Faraj
Jika anda nak tahu, senaman Kegel mempunyai banyak manfaat untuk ibu mengandung dan wanita secara amnya. Apa yang lebih menarik senaman ini sangat mudah dilakukan dan boleh dibuat pada bila-bila masa dan ditempat yang selesa.
1. Mengenalpasti Kedudukan Otot
Step pertama adalah anda perlu mengenalpasti kedudukan otot pelvis. Untuk memastikan anda menggunakan otot yang betul, letakkan kedua-dua tangan di atas perut anda. Kemudian, anda perlu melakukan kemutan seperti sedang menahan kencing. Jika perut tidak bergerak ketika otot-otot anda sedang dikemutkan, itu bermakna ada melakukan pergerakan yang betul.2. Lakukan Kemutan
Jika anda telah mengetahui kedudukan otot lantai pelvis yang betul, lakukan senaman ini dalam apa jua posisi. Namun posisi yang lebih mudah untuk dilakukan adalah posisi berbaring. Anda boleh tahan kemutkan faraj selama 8 hingga 10 saat dan lepaskan secara perlahan-lahan.3. Berehat Seketika
Selesai sudah 1 set senaman kegel ini, anda boleh berehat selama 10 saat atau mengikut masa anda sendiri.4. Ulangi Langkah Yang Sama
Selepas berehat, anda boleh ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali. Jika otot anda sudah rasa selesa dan lancar, anda boleh tingkatkan masa kemut 10 hingga ke 15 saat. Lakukan 3 set senaman kegel dalam sehari sekurang-kurangnya.5. Jadikan Rutin Harian
Anda perlu cuba set asas senaman kegel ini selama seminggu. Jika anda sudah merasakan otot anda sudah semakin ketat, anda boleh tambah set senaman kegel dan masa tambahan mengikut tahap ketahanan anda.6. Teknik 3-3
Apabila sudah seminggu anda amalkan senaman ini, anda boleh lakukan teknik 3-3. Contohnya, ketatkan otot lantai pelvis anda dengan cara mengemut dan tahan selama 3 saat. Kemudian, rehat selama 3 saat dan ulangi langkah ini beberapa kali secara berturut-turut. Peringatan! Jika pinggang dan badan belakang anda terasa sakit, anda dinasihatkan untuk tidak teruskan kerana ia bermakna cara kemutan anda salah. Bukan itu sahaja, semasa melakukan senaman, jangan tahan nafas kerana ia boleh menyebabkan peredaran darah tidak efektik ke bahagian badan.Kebaikan Senaman Kegel
Jika anda masih belum mencuba senaman kegel ini, GLAM senaraikan kebaikan senaman yang anda perlu tahu. Ia termasuk:- Meredakan masalah kencing tidak lawas
- Mengetatkan faraj
- Memudahkan proses untuk bersalin
- Membantu mengawal saluran udara
- Menguatkan otot-otot yang menyokong pundi kencing, usus dan rahim
- Menguatkan otot dinding pelvik
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
