#CARRECLUB Hermès di Singapura Meraikan Sebuah Legasi
DI BAWAH HASHTAG POPULAR YANG DIBINA BUAT MERAIKAN SKARF SUTERA HERMÈS, CARRÉ CLUB ADALAH ANTARA POP UP TERMEWAH 2018 YANG BERLANGSUNG DI SINGAPURA. PENGISIANNYA JUGA MENYELURUH YAKNI MELIPUTI SEJARAH, PEMBABITAN SENI SERTA SUNTIKAN ELEMEN KESERONOKAN KHUSUSNYA BAGI YANG MENGUTAMAKAN NAFAS MODEN.

Berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat, Carré Club adalah satu kunjungan rasmi buat meraikan kehebatan sutera mewah Hermes yang sudah diperkenalkan sejak 1937 lagi. Umum tahu pembuatannya memakan masa bertahun bagi mendapatkan warna yang tepat, benang sutera yang bermutu, dan juga ia adalah kolaborasi artisan terpilih sahaja. Sempena penggayaannya yang diraikan dengan pelbagai cara menarik - diikat pada beg tangan, leher hingga penggayaan kreatif lain, kali ini Bali Barret selaku Pengarah Artistik Hermes menjelmakan satu aktiviti yang lebih besar. Skarf mewah segi empat sama ini diterjemahkan dalam konteks yang lebih meluas. It is just because art and fantasy have no boundaries, definitely exceeded one’s expectation within its constrains of their dimensions.
Ini merupakan sambutan Carré Club terbesar kerana menghimpunkan sembilan ruang kreatif yang cukup luas serta mempunyai aktiviti yang lebih terperinci. Apa yang boleh disimpulkan buat acara ini, setiap pojok komponen yang dicipta adalah social media worthy! Bermula dari ruang pendaftaran, kemudian disediakan tiga ruang penggambaran. Carré Click and Check ini disediakan skarf mewah Hermès untuk padu padan gambar yang bakal dimuat naik di laman sosial di bawah hashtag, #Carreclub. Sememangnya Hermès cukup menghargai aktiviti seni, Carré Studio menghimpunkan enam landasan seni berbeza antaranya Gianpaolo Pagni yang mencipta cetak ilustrasi baru di atas skarf sutera, Ugo Gattoni dan Jean Simon Roch dengan lakaran lukisan mereka. Keng Saw yang hebat melakar garisan potret dalam gaya quirky serta Izziyana Suhaimi mencipta sulaman atas skarf sutera Hermès. Kesemua seni ini disampaikan secara live buat pengunjung agar lebih memahami serta dapat mempelajari hasil nukilan seni dengan lebih dekat. Bukan sekadar itu, bangunan dua tingkat ini turut menyediakan ruang menarik yang lain seperti Carré Cut, Carré Cafe, Carré Stories, Carré-OK, Carré Disco, Carré Park dan Carré Mania.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
