Home > Gaya Hidup > Ayuh Kenali YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam
Ayuh Kenali YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam
Mari kenali YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam dengan lebih mendalam! Personaliti yang menarik dan semestinya menjadi sumber inspirasi rakyat.
Petabatalan Yang di-Pertua Agong baru-baru ini membuatkan GLAM berasa untuk mendekati dan mengenali kerabat di raja negeri Johor dengan lebih terperinci lagi. Untuk segmen kali ini, personaliti yang menjadi pilihan dalam kerabat diraja negeri Johor adalah YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam. Mari dekat dan rapat bersama GLAM untuk mengenali puteri jelita ini dengan lebih mendalam lagi.
Mekyun & Seri Mizani: Conscious Creators
Di Sebalik Rumah Agam Mega Ben Affleck & Jennifer Lopez Bernilai RM288 Juta
4 Kesilapan Fakta Dalam Memoir Putera Harry, Spare
10 Filem Terbaik Lakonan Jared Leto
Kebenaran Di Sebalik Perpisahan Camila Cabello & Shawn Mendes
Johnny Depp Tandatangani Kontrak Termahal Dalam Sejarah Bersama Dior
Sumber: Portal Rasmi KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN IBRAHIM SULTAN JOHOR
sumber imej dari instagram
5 Fakta Menarik Mengenai YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam
#1 Anak Bongsu Dari 5 Adik-Beradik
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali lagi dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) merupakan suami kepada Yang Amat Mulia (YAM) Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam. Nama diberi Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tanggal 16 Julai 1993. Pada tanggal 16 julai 2024, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda akan mencecah umur 31 tahun. Encik Bustamam Bin Daud dan Puan Aziyah Binti Abdul Aziz merupakan ibu bapanya. YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik yang terdiri daripada dua kakak dan dua abang.#2 Berbakat Dalam Seni Tari
Yang Amat Mulia Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam memulakan zaman persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak Selangor pada tahun 2001 hingga 2003. YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda mempunyai perwatakan yang cergas sejak kecil. Sifat cergasnya lebih menonjol apabila dilantik menjadi pengawas di sekolah tersebut. Selain menjadi pengawas, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda juga aktif dalam aktiviti sukan terutamanya larian. Kecenderungan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda dalam aktiviti tarian juga tiada kurangnya apabila YAM Che’ Puan Khaleeda mewakili sekolahnya dalam seni tari. Wah hebat bukan YAM Che’ Puan Khaleeda ini!Sumber Imej Google dan Instagram
#3 YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam Meminati Sukan Olahraga
Ibunda Yang Amat Mulia Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam berkhidmat sebagai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom di Jabatan Penuntut Malaysia UK dan Eire dan oleh sebab itu YAM Che’ Puan Khaleeda meneruskan pendidikan awalnya di luar negara iaitu di Sekolah St. George’s Hanover Square, London dari Disember 2003 hingga Julai 2004. Selepas tamat sesi persekolahan peringkat rendah, YAM Che’ Puan Khaleeda melanjutkan sesi persekolahan menengahnya di Westminster Academy London dari September 2004 hingga Julai 2008. Sejak dibangku sekolah, kecenderungan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda dalam bidang sukan olahraga diteruskan dan bakat seni dimiliki olehnya turut berkembang apabila beliau melibatkan diri dalam seni muzik khasnya drums dan keyboard. Selain itu, YAM Che’ Puan Khaleeda juga turut membantu bahagian perpustakaan sekolah dalam pemprosesan buku-buku dan terbitan terbaru.#4 Boleh Berbahasa Sepanyol
Pada Januari 2009 YAM Che’ Puan Khaleeda kembali ke tanah air bagi menyambung pelajaranya dan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada Disember 2010 di Sekolah Sri Utama Kuala Lumpur. Walaupun di Malaysia, kegiatannya dalam bidang sukan tidak berkurangan dan diteruskan di sekolah tersebut. YAM Che’ Puan Khaleeda juga fasih bertutur dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan sedikit sebanyak bahasa Sepanyol atas berkat pergaulan dalam dan luar negara. Dengan kelebihan ini, sedikit sebanyak menambah perwatakkan YAM Che’ Puan Khaleeda yang sedia kala peramah.#5 Menyukai Sukan Bola Sepak
Disamping itu, antara aktiviti yang menjadi kecenderungan YAM Che’ Puan Khaleeda ketika beriadah adalah sukan bulan sepak, badminton, bola jaring dan boling. Selain itu, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda juga suka membaca untuk menambah lagi pengetahuan. Ketika YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda muda, baginda juga tidak ketinggalan dalam menyukai dunia fesyen dan mengikuti perkembangan muzik terkini. YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda mempunyai haiwan kegemaran iaitu kucing. https://www.instagram.com/p/CTYwAPTpfOB/?hl=en&img_index=1 Yang Amat Mulia Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam telah menamatkan zaman bujangnya pada tanggal 24 Oktober hari Jumaat tahun 2014 dengan jejaka pilihannya iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor. YAM Che’ Puan Khaleeda telah dikurniakan Darjah Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) pada 15 Mac 2015 oleh DYMM Sultan Johor. Menarik bukan, perincian hidup dan kebolehan serta kemahiran Yang Amat Mulia Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam ini. Semoga Yang Amat Mulia Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam kekal sihat bagi menabur bakti dan berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Sumber Imej dari Instagram
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

