Home > Personaliti > Datuk Rossa Obses Membeli Rumah
GLAM berkumpul merakam momen-momen indah bersama Rossa atau nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handiyani sebagai gadis muka hadapan. Rossa hadir ke studio bersama entourage yang terdiri daripada pengurusnya, Gema Sakti dan Renny juga ditemani teman baik dari Malaysia, pereka fesyen, Amir Luqman di White Studio sejurus tiba dari KLIA. Riuh bilik solek dengan dialek seberang dan sejujurnya kami semua turut terikut-ikut akan lenggok bahasa mereka.
Petang itu, Rossa membimbit beg Birkin Hermes yang khabarnya baru sahaja dibeli. Berwarna kuning, kulit ostrich, tersemat lilitan skarf pada pemegang. Berserta gaun melekat ketat paras lutut membias siluetnya yang menawan, Rossa seakan tidak dimamah usia. Tubuh ramping juga awet muda, persis gadis remaja. Selain jadual kerjayanya yang padat sebagai penyanyi dan ibu, Rossa juga bergelar usahawan berjaya. Memiliki pusat karaoke famili sejak tiga tahun, syarikatnya kini berkembang pesat dengan percambahan 40 outlet di seluruh Indonesia. “Happy thoughts, power nap – that’s my exercise!” Benar katanya bila tubuh tersedia dengan 1001 kebaikan dan positiviti, minda langsung menangkap sikap positif yang disalurkan melalui tubuh. Maka hidup lebih bermakna dan makin berjaya.
[soliloquy id=”37412″]
OBSESI MEMBELI RUMAH Membeli rumah dan hartanah boleh dikategorikan sebagai hobinya. Melihatnya sebagai satu pelaburan, Rossa kini mempunyai dua vila yakni di Seminyak dan Echo Beach manakala satu kondominiumnya terletak di Pecatu, Bali. Di Jakarta, Rossa menetap di Kemang. Menurutnya, dia bakal berpindah dalam masa terdekat ini. Dia membeli dan menjual rumah yang sedia ada untuk mendapatkan keuntungan. Sangat bijak mengatur kehidupan melalui pelaburan, Rossa mengakui yang kehidupan seorang penghibur tidak menjanjikan pulangan tetap apatah lagi yang berlipat ganda. Jadi, dengan pelaburan hartanah ini dapat membantu mengatur masa depan yang lebih baik untuk dia dan anaknya. Rossa yang kini sedang aktif mempelajari bahasa Mandarin dua kali seminggu, turut berkata, mempelajari bahasa asing kini antara obsesi barunya. “Walaupun ia bukanlah satu bahasa yang mudah, but I love it,” tambah Rossa. Nama Rossa sememangnya tidak asing lagi di Malaysia. Sudah lebih 10 tahun dia berulang-alik membuat persembahan di sini hinggakan dia dianugerahkan gelaran Datuk daripada Tuanku Sultan Pahang di atas sumbangannya mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kedua belah negara. Walaupun pelbagai kontroversi melanda, Rossa menerimanya dengan tenang. “Di Indonesia, saya ada mendapat gelaran Kanjeng Mas Ayu dari Istana Surakarta yang sama juga dengan gelaran Datuk dari Pahang yang saya terima tahun lalu,” ujar Rossa yang sudah menganggap Malaysia sebagai negara keduanya. “Saya berterima kasih kepada Tuanku dan bukan mudah mendapat gelaran ini dan saya amat menghargainya kerana saya satu-satunya artis Indonesia yang dipilih untuk gelaran ini. Ia suatu penghargaan besar dan saya menerimanya dengan senang hati,” jelas Rossa dengan rendah hati. Selain kontroversi gelaran Datuk, saya mula menghujaninya dengan soalan cinta. Sambil tersenyum dan menarik nafas, Rossa menjawab yakin, “Yes, I’m in love every day!” ketawanya besar. “I do have someone special and I cherish every moment of it. Dia bukan public figure, hanya orang biasa-biasa sahaja. Seorang businessman. One public figure in the family is enough!” Lagaknya mahu memperingatkan diri sendiri. Bila ditanya bila akan berlangsungnya pernikahan katanya lagi, “Walaupun sudah punya teman istimewa namun tidak boleh dijangka dia adalah jodoh kita. Sebelum ada kata-kata menikah, itu belum tentu jodoh. I’ll keep myself available okay?” Rossa sebenarnya lebih senang bersembang mengenai anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadhan, yang menjadi penawar hatinya. Jika punya kelapangan waktu, Rossa akan memasak masakan tempatan, Barat dan banyak lagi untuk putera tunggalnya itu. “Rizky adalah tulang belakang kepada kejayaan saya hingga ke saat ini.” He adores his mom. Setiap kali Rossa bergaya untuk persembahan pasti dia mula memuji-muji. Antaranya seperti, “Ah, ibu cantik sekali!” dan banyak lagi. Sebagai seorang ibu pastinya Rossa lebih mengutamakan keperluan Rizky selain memberi kebebasan kepadanya dalam melakukan apa sahaja yang diminati. Teks: Nisa’ Halid Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun Gambar: Bustamam Mokhtar Dandana: Olivia Ooi Solekan: KF Bong Penyelaras: Aizat Aidid *Dipetik dari GLAM Julai 2014See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
