Loading media...

Unable to load content
Kerlipan Diva Baru Di Bulgari
Kembara Cinta Emma Maembong Dan Kamal Adli Sampai Ke Penghujungnya
Alexander “The Ripper” McQueen
Selebriti Mengkritik Kes “Terrorism” Di Las Vegas Lebih Daripada Donald Trump
10 BINTANG CIPTA HIGH DRAMA DI CANNES
Home > Uncategorized > Di Sebalik Kehidupan Glamorous Mariah Carey

Di Sebalik Kehidupan Glamorous Mariah Carey

Mariah Carey performs live at O2 Arena, London on 23rd March 2016.  /B2839 - *Worldwide Rights - Editorial Usage Only*
 

Nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan the original Queen Mariah Carey bakal berkongsi detik-detik intim hidupnya melalui doku-siri terbarunya ‘Mariah’s World’.

 

Mariah membuat debutnya ketika dia berusia 18 tahun dan daripada album pertamanya sahaja, empat singles berjaya merangkul tempat pertama termasuk our all time favourite lagu ‘Vision of Love’.

 

Mariah yang juga terkenal dengan vokalnya yang melebihi lima oktaf merupakan salah seorang penyanyi wanita yang ikonik pada zaman ini.

 

Mariah Carey yang juga mendapat gelaran diva mula menyanyi ketika beliau masih kecil lagi. Bermula dari umurnya empat tahun sahaja, dia sudah mula mengambil latihan vokal. Perjalanannya untuk mengecapi fame yang beliau ada hari ini bukanlah mudah.

 

Setelah tamat high school, Mariah berkerja sebagai seorang pelayan, penjaga kot, dan dia juga sempat menyambung pelajarannya di dalam kosmetologi. Selain itu, Mariah juga aktif dalam menulis lagu.

 

Menjelang Disember ini Queen Mimi bakal bertemu anda melalui kaca TV dengan doku-sirinya pertamanya. Melalu docu-series ini penonton akan dapat menyaksikan tayangan esklusif disebalik kehidupan Mariah yang penuh glamor di atas dan di belakang pentas. Siri ini juga bakal menayangkan persiapan Mariah untuk konsert kesembilannya ‘Sweet Sweet Fantasy Tour’.

 

Jikalau anda adalah peminat Mariah Carey, doku-siri ini pasti tidak akan mengecewakan anda dan membuka peluang untuk anda mengenali Mariah Carey dengan lebih mendalam dan intim.

 

Nantikan ‘Mariah’s World’ tanggal 6 Disember ini pada jam 9 malam di E! Saluran 712, Astro!

 

Oleh: Ai Norzaid