Kylie Jenner Memperkenalkan Anak Perempuannya Kepada Dunia
Ikutan pengumuman rasmi daripada mogul dan bintang realiti TV Kylie Jenner dan pasangannya, Travis Scott, perihal kelahiran anak sulung mereka pada 1 Februari, kini Jenner mengumumkan pula nama yang telah dipilihnya bersama Scott; Stormi Webster.
Jenner telah berkongsikan pengumuman istimewa ini sekali lagi menerusi akaun Instagramnya sendiri menampilkan tangan kecil Stormi yang memegang erat pada ibu jari Jenner sambil dia dilamun mimpi.
A post shared by Kylie (@kyliejenner) on
See Also
Cara Putera William dan Putera Harry Mengenang Puteri Diana
Perdana Menteri Justin Trudeau Menyeru Penglibatan Lelaki Sempena IWD
Nicole Kidman Bercerita Tentang Anak-Anak Angkatnya
GLAM Alter Ego: Sebuah Analogi Seni Solekan
Heidi Klum Bersama Anak Sulungnya di NY
Adriana Lima Memutuskan Hubungannya Dengan Victoria’s Secret?![]()
Kylie yang baru sahaja mengumumkan berita kelahiran Stormi tanggal 6 Februari ini telah berjaya menghilangkan diri daripada lensa media sepanjang tempoh dia hamil kerana dia merasakan dia perlukan masa dan privasi untuk menempuh detik-detik kehamilannya.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
