Kenali Izza Atirah, Wanita Pilihan Aazief Khalid
10 Filem Seram Korea Untuk Anda Tonton Hujung Minggu Ini
Rai Wanita Most GLAM 2022 Bersama Volvo XC40 Recharge Pure Electric
Destinasi Wajib Lawat Sekitar Pulau Pinang
OMEGA Seamaster Planet Ocean Worldtimer: Sempurna Buat Selam Lebih Dalam
Home > Gaya Hidup > Dolla Lancar Album Sulung, New Classic

Dolla Lancar Album Sulung, New Classic

Empat tahun menghangatkan industri muzik tanah air, Dolla akhirnya muncul dengan album perdana berjudul New Classic. Dihasilkan dengan kerjasama komposer tempatan dan antarabangsa, New Classic mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan dan penghasilannya menelan kos beratus ribu ringgit. Ia menampilkan tujuh lagu merentasi pelbagai genre dari dance pop ke R&B dengan 95 peratus lirik dalam bahasa Inggeris. Lima daripadanya lagu baharu manakala selebihnya telah pun diperdengarkan kepada peminat. Ini termasuk Classic, Damelo, Masa, Drip, Best Side, Bo$$ Up dan Damelo (versi bahasa Inggeris). New Classic dolla Lagu utama, Classic berjaya menambat hati pendengar seluruh dunia termasuk Brazil, Kanada, Korea Selatan dan Thailand. Video muziknya yang melibatkan produksi dari Thailand meraih lebih setengah juta tontonan di YouTube selepas empat hari dilancarkan. Tabby, salah seorang anggota Dolla meluahkan rasa teruja dengan pelancaran album New Classic, yang sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik tanah air.
“Kami masih lagi berada di fasa di mana kami sendiri tidak percaya yang Dolla sudah pun mempunyai album sendiri. Kami juga mendengarnya setiap masa. Kami sangat gembira dan bersyukur.”

New Classic Setaraf Album Antarabangsa

Menariknya, album yang telah lama dinantikan peminat ini mendapat sentuhan daripada penerbit tersohor Korea Selatan, Hyuk Shin. Dia berpengalaman menghasilkan lagu buat barisan artis terkenal seperti Justin Bieber, Anderson .Paak, Super Junior, NCT dan Exo. Sabronzo melihat kerjasama dengan penerbit berbakat besar ini sebagai peluang hebat untuk menembusi pasaran antarabangsa. Mengakui Hyuk Shin sebagai komposer berkaliber, mereka meletakkan 100 peratus kepercayaan kepadanya kerana yakin dia tahu apa yang terbaik buat Dolla. “Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Hyuk Shin, seorang penerbit muzik yang pernah bekerja dengan artis kelas-A dunia. Beliau menghasilkan dua lagu untuk album kami iaitu Classic dan Boss Up. Proses bekerja juga sangat berbeza dan lebih efisyen. Dia tahu visi sesebuah lagu,” katanya.   Baca: Dolla Setanding Sensasi K-Pop Terkini, New Jeans