Ruang Bercerita dari Studio Kanta
Tips Berpuasa 30 Hari Dengan Selamat
Sasha Saidin Antara Yang Pertama Disuntik Vaksin Covid-19
DATIN X: Bela Anak Ikan, Suami Isteri Kantoi Right-Handed
10 Filem Terhebat Lakonan Natalie Portman

Dolla Setanding Sensasi K-Pop Terkini, New Jeans

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dolla Terus Masyhur Di Peringkat Global

Pencapaian ini tentunya menjadi kejayaan bermakna buat kumpulan yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. Umum mengetahui MsMojo adalah saluran popular yang mengiktiraf artis berbakat dari seluruh dunia, juga yang memberi impak hebat dalam industri hiburan. Ia juga adalah salah satu saluran YouTube yang lahir dari saluran induk WatchMojo iaitu saluran video ulung berpusat di Kanada. Dengan lima juta pelanggan dan pengaruh besar, jumlah pengikut baru Dolla pastinya akan terus meningkat. Dolla Ini bukanlah kejayaan pertama Dolla di peringkat antarabangsa. Dua tahun lalu, mereka mengukir sejarah apabila dipaparkan pada papan digital ikonik Times Square New York menerusi kempen Equal untuk laman penstriman digital popular, Spotify. Kempen ini bertujuan memupuk kesaksamaan dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh pelosok dunia.   Baca: GLAM Persona: Dolla Make You Wanna
2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse