Duchess of Sussex Meghan Markle Memilih Givenchy Oleh Clare Waight Keller
Disaksikan oleh jutaan mata serata dunia, Meghan Markle tiba di Gereja St. George, Istana Windsor dalam dress adi busana polos rekaan Clare Waight Keller, pengarah kreatif wanita pertama Givenchy, memeluk susuk tubuh Duchess of Sussex itu dengan sempurna. Dipadankan dengan vel berukuran lima meter rekaan Givenchy juga, tiara Order of Splendor yang dipinjamkan oleh Ratu Elizabeth, dan juga sepasang anting-anting berlian Cartier untuk menyempurnakan look raja seharinya (well in her case it is every day).

Gambar Neil Hall/UPI Photo via Newscom
Menampilkan leher baju dengan potongan bateau, leretan panjang yang disokong oleh underskirt sutera organza. Rekaan khas Givenchy ini juga menandakan langkah pertama Waight Keller sebagai pengarah kreatif rumah fesyen tersebut.
Menurut informasi daripada pihak istana kepada BoF, Markle telah bertemu dengan Waight Keller sekitar awal tahun ini dan telah memilih untuk bekerjasama dengan pereka tersebut kerana estetiknya yang timeless dan elegan.
"Kami ingin menghasilkan ceraian yang tidak lapuk dek zaman dan memberikan lebih tumpuan kepda nada Givenchy berdasarkan sejarah rumah fesyen ini, dan juga menyampaikan mesej moden melalui garisan dan potongan kemas. Visi bagi vel itu pula adalah sesuatu yang dikongsikan bersama saya dan juga Meghan, satu penghargaan kepada flora-flora Negara Komanwel yang mengelilingi lilitan vel tersebut," nyata Waigh Keller.
Sebelum ini spekulasi tentang pereka yang akan bertanggungjawab menghasilkan busana perkahwinan Markle memetik nama-nama besar seperti Ralph & Russo, Erdem, Burberry, Alexander McQueen, Roland Mouret, Jwnny Peckham, dan Stella McCartney.
Markle mengenakan busana Stella McCartney untuk look keduanya pada hari tersebut untuk menghadiri resepsi yang dianjurkan oleh Putera Charles.

Gambar Steve Parsons/AFP/Getty Images
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
