Loading media...

Unable to load content
Nespresso Dan Johanna Ortiz Mengabadikan Unsur Alam Untuk Musim Perayaan
GLAM Persona: Next Gen 2021
Serba Baharu, Serba Digital: Golf R-Line
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Amelia Henderson Hidupkan Watak Sheila dalam Blood Brothers
Home > Gaya Hidup > Ed Sheeran & Adele Tolak Permintaan Raja Charles III

Ed Sheeran & Adele Tolak Permintaan Raja Charles III

Hanya tinggal sekitar dua bulan sahaja lagi sebelum berlangsungnya Istiadat pertabalan Raja Charles III dan isterinya, Raja Permaisuri Camilla.

Acara yang bakal berlangsung selama tiga hari itu akan dimulakan dengan dua perarakan dan upacara keagamaan pada 6 Mei, diikuti dengan konsert gemilang di Istana Winsdor pada keesokan hari. Raja Charles dilaporkan telah pun menyenaraikan penghibur kegemarannya.

Menurut pengajur acara, baginda telah mencadangkan nama beberapa bintang pilihannya di mana Ed Sheeran dan Adele berada dalam senarai teratas. “Baginda benar-benar mahu mereka menjadi sebahagian daripada konsert itu.”

raja Charles III

Foto: Getty Images

Malangnya Raja Charles terpaksa berdepan kekecewaan kerana kedua-dua bintang tersohor itu menolak untuk membuat persembahan di istiadat pertabalan. Ed mempunyai alasan munsabah: Dia dijadualkan membuat persembahan di Texas sehari sebelum upacara pertabalan, justeru tidak berkesempatan menghadirinya kerana kekangan masa.

Bagaimanapaun Adele dilaporkan menolak jemputan khas itu tanpa memberi sebarang alasan. Jadual pelantun Easy On Me itu bukan sahaja kosong pada 7 Mei, malah dia tidak sibuk dengan sebarang persembahan selepas 25 Mac.

raja charles III

Foto: Twitter

“Satu pasukan khas ditubuhkan untuk mendekati beberapa selebriti global termasuk Ed Sheeran dan Adele, tetapi kedua-duanya memberi jawapan tidak dapat hadir. Mereka adalah bintang tersohor dalam industri hiburan dan pada asasnya penyanyi Britain yang terkenal di seluruh dunia, jadi ini amat mengecewakan,” menurut sumber.

Walaupun barisan penghibur konsert di istiadat pertabalan masih belum diumumkan sehingga kini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Spice Girls, Lionel Richie dan Harry Styles akan membuat persembahan di atas pentas.

raja charles III

Foto: Gettyy Images

Lionel Richie

Foto: Alan Silfen

Harry Styles

Foto: Twitter

 

Foto: The Times

Baca: Raja Charles III Umum Gelaran Baharu Buat Tiga Kerabat Britain