Home > Gaya Hidup > Ernie Zakri Tampil Dengan Album Aura
Penantian peminat Ernie Zakri untuk memiliki album penuh penyanyi kesayangan mereka akhirnya menjadi kenyataan.
Selepas 12 tahun, Ernie muncul dengan album berjudul Aura di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Ini merupakan album penuh pertamanya.
Dia pernah menerbitkan album Sinaran pada 2011 yang mengandungi dua lagu: Mahu Ingin Bercinta dan Rindu Bukan Teman. Bagaimanapun kedua-duanya dikeluarkan sebagai single.
Album yang ditunggu-tunggu, Aura menampilkan elemen kehidupan seperti nasihat, motivasi, positiviti dan sumber kekuatan untuk insan yang memerlukan semangat. Ia diolah oleh Ernie sendiri untuk membantu mereka yang terluka berasa lebih yakin dalam menjalani kehidupan mendatang.
Album yang mengambil masa sekitar setahun untuk disiapkan ini menampilkan sepuluh lagu menarik sebagai halwa telinga. Ia mendapat sentuhan komposer dan penerbit popular seperti Aubrey Suwito, Ezra Kong, Faizal Tahir, Amylea Azizan, Rozi Sangdewi, Helen Yap, Firdaus Rahmat, John Jeeves dan Ade Govinda.

Masing-Masing Pilihan Pertama Ernie Zakri
Lagu Masing-Masing yang bertemakan putus cinta diangkat menjadi single perdana untuk memperkenalkan album ini. Menurut Ernie, naskah tulisan dan gubahan Ade bersama Nabila V ini mempunyai jalan cerita tersendiri.“Saya dan Mas Ade bersependapat untuk menghasilkan lagu galau dengan kisah putus cinta yang sedikit berbeza. Masing-Masing mengisahkan tentang pasangan yang terpaksa meneruskan kehidupan dengan cara berpisah demi mencari kebahagiaan sendiri.“Tidak semua perpisahan tentang pertengkaran atau pergaduhan. Ada perpisahan yang berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak demi mencapai kebahagiaan sendiri. Saya tahu ramai rakyat Malaysia suka lagu galau sebegini,” katanya, menurut laporan Astro Awani. Aura turut menampilkan suaminya, Syamel yang menyumbang lagu Jangan Hilang Percaya. Ernie berharap peminat akan dapat memahami apa yang cuba disampaikannya dalam album ini. “Semoga ia menjadi teman buat mereka yang memerlukan semangat serta kekuatan itu,” katanya. Baca: “Dreams Do Come True” – Ernie Zakri Hiasi Billboard Times Square New York
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026