Related Stories
Home > Gaya Hidup > Evolusi Seni Klasik Dalam Dunia Fesyen Moden
Evolusi Seni Klasik Dalam Dunia Fesyen Moden
Seni tidak lagi terbatas di ruang galeri. Ia ada di mana-mana. Berkurun dahulu ia hanya dinikmati di ruangan tertutup. Kini ia diterjermah dalam pelbagai persepsi, meresap ke salah satu industri terbesar dunia hari ini- dunia fesyen.
teks SITI SYAHIDAH KARIM BUX grafik AMIRUL ARIFIN
See Also
From Canvas To Catwalk
Dalam sejarah, fesyen diinspirasikan oleh pakaian yang dilihat pertama kali pada lukisan klasik. Jan Van Eyck, Jean-Honore Fragonard dan James Tissot memotretkan variasi persalinan wanita dalam karya terkenal mereka – The Arnolfini Portrait (1434), The Swing (1767) dan July: Specimen of a Portrait (1878). Inilah yang mempengaruhi trend fesyen pada abad-abad seterusnya. Pereka moden juga tidak terlepas daripada godaan ini. Karya klasik unik dan luar biasa memberi aspirasi sekali gus mencetus kreativiti mereka untuk menjelmakan koleksi fesyen memukau mata. Tahukah anda antara sumber inspirasi sejarah seni yang menjadi kegemaran para pereka? Karya Hieronymus Bosch. Artis Belanda ini terkenal dengan hasil seni yang mencerminkan kod moral zaman pertengahan. The Garden of Earthly Delights yang dihasilkan pada abad ke-15 memberi ilham kepada ramai pereka, daripada Raf Simons hingga Alexander McQueen. Begitu juga dengan Gucci. Untuk kempen ‘Gucci Hallucination’ Musim Bunga/Panas 2018, artis Sepanyol Ignasi Monreal diberi tanggungjawab mencipta animasi digital daripada karya klasik. Salah satu pilihannya? Lukisan tiga serangkai ini. Menggabungkan fesyen serta seni halus bersejarah dan kontemporari, karya klasik itu dihidupkan semula dalam versi moden. Selain Monreal, ‘taman nikmat duniawi’ Bosch juga berjaya menawan hati pengarah kreatif Valentino, Pierpaolo Piccioli. Bersama pereka Zandra Rhodes, dia mentafsir semula The Garden of Earthly Delights untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2017 dalam palet rona hijau, coklat, merah jambu dan ungu. Satu lagi inspirasi yang menjadi kegemaran pereka moden adalah lukisan zaman Renaissance. Ia mengalami kebangkitan semula dalam trend dunia fesyen beberapa tahun lalu, selepas penganjuran Met Gala 2018 bertema ‘Heavenly Bodies’. Pereka mula mencipta rekaan dan siluet berani berilhamkan lukisan Itali abad ke-15 dan 16. Gaun sifon dan taffeta, lengan Juliet, cetakan sarat bunga serta kolar ropol Shakespeare. Bagaimanapun sebelum era ini menjadi kegilaan, Piccioli, Dolce & Gabbana dan Marie Grazia Chiuri telah pun bereksperimen beberapa tahun sebelumnya. Menghasilkan koleksi haute couture legenda yang mengangkat fesyen mewah ke tahap lebih tinggi. Potret Elizabeth I yang masyhur dengan gelaran ‘Virgin Queen’ turut menjadi sumber inspirasi. Antara ikon dunia fesyen terhebat dalam sejarah, permaisuri itu terkenal dengan gaun bersulam mewah sarat mutiara, kerongsang berhias dan perincian permata jarang ditemui. Siluet dramatiknya mencetus kreativiti ramai pereka haute couture termasuk Valentino dan Vivienne Westwood. Potret wanita zaman Victoria pada abad ke-19 juga mengilhamkan koleksi Musim Bunga/Panas 2019 Erdem. Persalinan formal dan sopan ditampilkan bersama kolar tinggi dengan lebih banyak hiasan reben, renda serta ropol. Selain potret, lukisan tanpa satu bayang manusia seperti geometri dan pemandangan turut mendapat tempat di hati pereka moden. Karya geometri Composition With Red, Green And Blue (1921) Piet Mondrian antara contoh terbaik fesyen membentuk seni. Ia menjadi ilham rangkaian beg Hermes pada 1930-an dan koleksi gaun koktel Musim Luruh 1965 Yves Saint Laurent yang menjadi sebutan pencinta fesyen. Selain itu The Great Wave Off Kanagawa (1831) karya Katsushika Hokusai. Visual ombak biru-putih dijelmakan semula pereka Rusia, Alena Akhmadulina pada helaian Musim Bunga/Panas 2016. Arca wanita juga menjadi rujukan pereka seperti Madeleine Vionnet bagi menterjemah sejarah kuno dalam koleksinya dari 1910-an hingga 1940-an. Bagi menyerlahkan lekuk tubuh si pemakai, dia menggunakan fabrik lembut seperti krep sutera dan jersi, memimik ukiran pakaian pada arca klasik.
Kolaborasi Pereka Dunia Fesyen & Artis Abad Ke-20
Selama berabad-abad pereka fesyen mengambil inspirasi daripada seni. Beberapa dekad kebelakangan ini menyaksikan mereka bekerjasama dengan artis kegemaran bagi mencipta koleksi terkini. Antaranya tokoh tersohor yang mengetengahkan paduan seni dan fesyen pada abad ke-20, Elsa Schiaparelli. Gabungan karakter eksentrik dan bakat luar biasa pereka Itali ini mencetuskan banyak rekaan terkenal. Salah satunya ‘lobster dress’. Kolaborasi bersama rakan baiknya Salvador Dali, artis di sebalik karya masyhur The Persistence of Memory. Menariknya tentang gaun tahun 1937 ini, ia menampilkan siluet udang galah lukisan Dali pada fabrik organza sutera Schiaparelli. Gabungan geliga dua seniman ini mencuri perhatian dunia. Gaun unik dan berinovasi, siapa sahaja tidak tergoda mahu menyarungnya? Ia akhirnya dipakai Wallis Simpson, sosialit Amerika dan isteri Raja Edward VIII untuk penggambaran bersama Vogue. Walaupun mencetus detik ikonik dalam dunia fesyen, ‘lobster dress’ tidak menjadi sebahagian koleksi vintaj digemari dalam almari wanita hari ini. Sebaliknya ia menemui ruang sendiri di Muzium Seni Philadelphia. Jalinan kerjasama antara pereka fesyen dan artis kontemporari semakin galak sejak dua puluh tahun lalu. Pada 2003, monogram ikonik LV digabungkan dengan motif psikedelik dan palet warna-warni untuk kolaborasi Takashi Murakami x Louis Vuitton. Marc Jacobs, pereka artistik rumah fesyen Perancis itu menggambarkannya sebagai satu persilangan terbaik dalam sejarah fesyen dan seni. Bakat unik Murakami turut mencuri perhatian Crocs, Vans, Uniqlo dan Supreme. Alexander McQueen mengambil langkah serupa sedekad kemudian melalui kolaborasi bersama Damien Hirst yang terkenal dengan karya bertema kematian. Berkongsi estetika sama, Alexander McQueen x Damien Hirst menterjemah semula motif tengkorak popular jenama itu menerusi 30 rekaan edisi terhad. Artis lain yang turut mempengaruhi industri fesyen moden termasuk Kelly Beeman untuk jenama mewah Elie Saab dan Tory Burch serta Yoshitomo Nara buat Stella McCartney.“Art Is Art. Fashion Is Fashion.” – Karl Lagerfeld
Melihat jelmaan koleksi memukau di pentas peragaan, sukar untuk menidakkan pengaruh seni terhadap dunia fesyen kontemporari. Lagipun, bukankah fesyen itu sendiri adalah seni yang dipakai? Namun, bukan semua orang bersetuju. “Seni adalah seni. Fesyen adalah fesyen.” Begitulah pandangan peribadi Karl Lagerfeld. Sepanjang tujuh dekad kerjaya prolifiknya, pereka tersohor Jerman ini tegas dengan pendirian bahawa dua elemen tersebut tidak berkait. Bagaimanapun, dapat dilihat dengan jelas bagaimana koleksi fesyennya diinspirasi daripada pelbagai sumber seni halus. Salah satunya gaun malam organza sutera berperincian manik kaca dan kristal, rekaannya buat Chanel untuk Musim Bunga/Panas 1984. Helaian putih bermotif bunga biru itu mengambil inspirasi daripada pasu bunga porselin Jepun dalam lukisan The Daughters of Edward Darley Boit (1882) karya John Singer Sargent. Malah Lagerfeld sendiri mendedahkan kepada Women’s Wear Daily pada Januari 1984, motif ilham pasu porselin biru- putih diceduk terus daripada karya Sargent. Jelas membuktikan hubungan penting antara seni dan fesyen. Dalam 100 tahun mendatang, fesyen tentunya akan terus berevolusi dan memecah sempadan kreativiti seiring kemajuan teknologi dan perubahan trend. Namun yang pasti, seni akan terus menjadi inspirasi pereka dari generasi ke generasi.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
