Expensive Divorce: Rumah Tangga Punah Diganti Wang
Ikutan pengumuman perceraian pengasas dan CEO Amazon Jeff Bezos bersama isterinya MacKenzie Bezos minggu lalu, netizen mula membuat spekulasi tentang peruntukan yang bakal diterima oleh MacKenzie selepas ini.
Dengan nilai bersih sebanyak $137 bilion, perceraian Jeff dan MacKenzie Bezos bakal memecah rekod kes perceraian berprofil tinggi paling mahal dalam sejarah. Pihak umum pernah didedahkan dengan kos perceraian selebriti seperti Madonna, Paul McCartney, dan Tiger Woods yang memakan puluhan juta USD.
Senarai ini, walau bagaimanapun, menghimpunkan golongan elit yang bertarung hingga mencecah nilai ratusan juta untuk menyelesaikan kes perceraian mereka.
Pada tahun 2014 Elen Rybolovleva tuntut cerai daripada usahawan Rusia Dmitry Rybolovleva akibat ketidak setiaan lelaki tersebut. Pada awalnya pihak mahkamah menganugerahkan Elena dengan jumlah penyelesaian sebanyak $4.5 bilion yang dikurangkan kepada $604 juta selepas rayuan.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
